Mutu perkhidmatan KTM sangat teruk 18 Okt 2011 Saya ingin menarik perhatian pihak Aduan Rakyat berkenaan dengan perkhidmatan KTM yang semakin teruk hari demi hari. Selepas seseorang membuat aduan, perkhidmatan KTM dilihat mengalami perubahan namun setelah beberapa ketika, kami dapati perkhidmatan semakin tidak memuaskan hati ramai pihak. Tren pada waktu pagi dan petang di mana waktu orang ramai bertumpu kepada KTM selalu ditunda dan menyebabkan orang semakin bersesak akibat menunggu. Hal ini telah mengakibatkan orang akan berusaha masuk ke dalam tren apabila tren sampai dan berlakulah pertengkaran dan orang ramai berhimpit dalam keadaan paling sesak. Keadaan ini menyulitkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ini pada setiap hari. Saya pernah melihat seorang warga negara asing hanya menggelengkan kepala apabila melihat keadaan ini dan sempat mengambil gambar, mungkin untuk menunjukkan kepada warga negara lain. Saya wakil suara rakyat yang lain merayu pihak bertanggungjawab agar segera membuat tindakan susulan dan memperbaiki mutu perkhidmatan KTM. Bagaimana untuk kita mempromosi perkhidmatan awam negara kita sedangkan mutu perkhidmatan masih dikategorikan sebagai teruk? Terima kasih kepada pihak yang prihatin. Sekian. By: nad Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/mutu-perkhidmatan-ktm-sangat-teruk

