Ini apa cerita ni, kecoh dalam blog penyokong Umno mengenai masalah 
ketidakserasian antara pimpinan Umno di N.Sembilan, dijelaskan lagi semasa 
kunjungan Muhyiddin ke N.Sembilan pada 15 Oktober 2011 yang lalu, tiba-tiba nak 
salahkan penyokong PAS dan PKR pula , kain rentang gambar Mohamad Hasan kena 
koyak.
 
Blog penyokong Pakatan Rakyat tak kisah pun mengenai masalah dalaman pemimpin 
dan penyokong Umno di N.Sembilan ini, lantak kaulah. Blog penyokong Pakatan 
Rakyat khususnya http://amkns.blogspot.com hanya menumpukan isu rakyat, masalah 
rakyat yang semakin mencengkam sekarang ini, antaranya kenaikan tarif air dan 
elektrik, kenaikan harga barangan, masalah pengangguran, masalah jenayah, 
perumahan terbengkalai dan macam-macam masalah rakyat yang bukan menjadi tajuk 
utama media kerajaan sekarang ini.
 
Isu perbalahan pimpinan Umno, siapa harus dicalonkan menjadi Menteri Besar 
Negeri Sembilan , tidak banyak membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Isu 
seperti ini hanya melekakan penyokong Pakatan Rakyat.
 
Jadi kenapa bila , kain rentang Mohamad Hasan dikoyakkan terus nak tuduh 
penyokong PAS dan PKR? Yang keluar gambar tersebut dalam blog penyokong Umno 
atau PAS dan PKR? Cuba tengok balik gambar yang dipaparkan dalam blog penyokong 
Umno di http://n9kini.net/?p=1963 . Cuba tanya, kenapa mulut Mohamad Hasan 
dipangkah, tetapi tidak mulut Muhyiddin?
 
Kenapa sebelum ini banyak kain rentang Mohamad Hasan terpampang seluruh 
N.Sembilan, tak ada satu pun disabotaj?
 
Kenapa penyokong Umno sendiri menulis artikel tidak puas hati kepada penganjur 
program tersebut yang mengenepikan Dato Ishak sebagai Ketua Umno Bahagian 
Seremban, sedangkan Muhyiddin datang ke Seremban seperti laporan di blog pro 
Umno di http://paneh.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-tapi.html atau 
http://moklan.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-diucapkan-tetapi.html 
 
Kepada penyokong , ahli dan pimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, tak 
perlu layanlah masalah dalaman Umno di N.Sembilan. Tak ada untungnya kepada 
Pakatan Rakyat dan rakyat secara keseluruhannya.
 
Kita cuma bangkitkan, kalau ada perbalahan sesama anda Umno, N.Sembilan, 
pandai-pandailah selesai sendiri, jangan pula pandai-pandai nak salahkan orang 
lain.

Kirim email ke