Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan tidak seharusnya leka dengan perebutan calon untuk menjadi Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno di negeri ini. Pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat haruslah sentiasa menumpukan masalah rakyat di negeri ini. Siapa saja yang menjadi calon MB untuk Umno di Negeri Sembilan ini, sama saja. Akan tetapi jika seorang ini dicalonkan menjadi MB N.Sembilan sudah pasti Pakatan Rakyat harus berusaha dua kali ganda lagi untuk menerajui N.Sembilan. Ini adalah kerana jika pusat memilih seorang nama yang tidak disebut-sebut , malahan dalam borak kedai kopi di internet pun nama ini tidak naik, maka ini akan menjadi ancaman besar kepada Pakatan Rakyat. Nama tersebut ialah Dato' Dr. Awaluddin Said ADUN Kota, yang nama beliau tidak terlintas pun naik untuk menjadi MB. Jadi Pakatan Rakyat jangan leka dengan isu perbalahan Umno. Tumpu dan fokus ke arah gerak kerja pilihanraya mulai sekarang untuk membuka minda rakyat.

