Belum apa-apa lagi, Ahli Parlimen BN dari Umno Johor menunjukkan kebodohan 
Najib yang membentangkan Bajet 2012. Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) 
berkata pemberian RM500 kepada mereka berpendapatan RM3,0000 ke bawah 
menyusahkan rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin yang tinggal 
di kawasan luar bandar untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
 
Lantak kaulah Ahli Parlimen BN/Umno, lu tanyalah bos lu sendiri, bos lu yang 
bentangkan bajet, bukan Anwar Ibrahim.
 
Jangan pula nak beri RM500 ini jadi macam Program Kupon Beras untuk keluarga 
miskin pada tahun 2009 yang akhirnya tak jadi seperti laporan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html 
 
Bantuan khas RM500 diminta disalur melalui pejabat daerah
BERNAMA - Tuesday, October 18, 2011 
 
1KUALA LUMPUR,  (Bernama) - Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar 
bantuan RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada 
RM3,000 dilakukan secara terus menerusi Pejabat Daerah bagi mengelak karenah 
birokrasi. 
​
Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) berkata rakyat di peringkat akar umbi 
berharap kerajaan menggunakan mekanisme yang mudah dan cepat seperti 
menggunakan saluran menerusi Pejabat Daerah yang berhampiran kawasan mereka. 
 
"Pendekatan tapisan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dianggap 
menyusahkan rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin yang tinggal 
di kawasan luar bandar. 
 
"Proses akan menjadi rumit kerana ada sesetengah rakyat tidak pernah pergi ke 
LHDN," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan 
Rakyat hari ini. Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk 
Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt lalu, kerajaan bersetuju memberi RM500 kepada 
setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. 
 
Halimah berkata pelaksanaan itu seharusnya dilakukan dengan lebih terperinci 
bagi memudahkan rakyat mendapat manfaat daripada peruntukan Belanjawan 2012. 
 
http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=620847 

Kirim email ke