Pada 15 Oktober 2011 yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin 
Yassin telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sembilan. Sebelum kedatangan 
TPM banyaklah projek menurap jalan, naik taraf infrastruktur sekitar Ampangan 
dan Senawang, termasuklah jalan yang setiap hari saya lalu di Persiaran 
Senawang.

Kenapa perlu tunggu TPM atau PM datang baru ada projek seperti penurapan jalan, 
sedangkan pengguna jalanraya setiap hari berdepan dengan jalan yang berlubang. 
Kekadang tak perlu pun diturap sepanjang jalan, cukup dengan tampal lubang, 
buang pasir, sudah cukup untuk keselamatan pengguna jalanraya.

Pagi tadi saya menyaksikan kemalangan jalanraya berhampiran Rumah Pangsa 
Senawang 2, Taman Sri Mawar, tempat lawatan rasmi TPM tempoh hari. Saya dari 
seberang jalan dari pekan Senawang menuju ke Tol, pasangan suami isteri 
tersebut dari Tol menuju ke pekan Senawang. Tiba-tiba saya nampak kelibat 
motosikal jatuh betul-betul di simpang tiga lampu isyarat berhampiran Klinik 
Permata, Taman Sri Mawar. 

Tak sedap hati saya menuju ke arah tol dan patah balik. Orang ramai telah 
mengalihkan pasangan suami isteri tadi ke tepi jalan. Pasangan Melayu umur 
50an. Isteri tak ada apa-apa kecederaan yang kelihatan. Suami terbaring, sedar 
tak sedar, menahan kesakitan di dada. 

Tempat pasangan suami isteri tadi jatuh terdapat banyak batu dan pasir atas 
jalan. Kemungkinan motosikal terjatuh apabila melalui kawasan yang banyak batu 
dan pasir atas jalan, lalu hilang kawalan dan terjatuh.

Pasangan suami isteri tadi di bawa oleh seorang pengguna jalanraya yang 
prihatin ke Hospital Seremban menggunakan Triton. Sementara saya menguruskan 
motosikal dan lain-lain barangan, laptop, kasut, topi keledar untuk dipulangkan 
kepada keluarganya yang tinggal tidak jauh dari situ.

Menurut anak pasangan tadi, emak dan ayahnya dalam perjalanan untuk berniaga di 
kedai di pusat penjaja Ampangan.

Apabila semua urusan selesai, sambil membawa kereta, saya perhatikan beberapa 
tempat, terutama selekoh, persimpangan jalan, memang banyak batu dan pasir yang 
amat membahayakan pengguna jalanraya, terutamanya penunggang motosikal.

Bukan nak salahkan sesiapa, tetapi boleh dikatakan budaya orang Malaysia 
agaknya, gah untuk membuat projek, tetapi tidak gah dari aspek penyenggaraan.

Gah untuk menubuhkan Skuad Sukarelawan, macam Sukarelawan PLKN, tapi rumah 
sendiri tak terjaga, rumah orang tua di kampung tak terjaga, surau dan masjid 
di tempat sendiri pun tak terjaga, harapkan Tok Siak. 

Kalau memandu kereta, saya kebiasaannya akan membawa parang yang tajam, niat 
kerana Allah. Kalau nampak dahan patah yang menghalang jalan, boleh dipotong.

Kalau jalan kaki, di tepi jalan, kadang kala pandang bawah, kalau nampak paku 
segera ambil dan buang dalam longkang. Takut ada pengguna jalanraya akan 
terpancit tayarnya.

Berbalik ke banyak batu dan pasir atas jalanraya tadi. Sekiranya kita tinggal 
kawasan berhanpiran, sementara nak menunggu JKR atau Majlis Perbandaran baiki 
atau bersihkan, apa salahnya kita tolong bersihkan, niat kerana Allah.

Rozmal bin Malakan 
http://waghih.blogspot.com 

Tak lena tidur
Harian Metro
16 Okt 2011 

Maimon antara empat keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima kunjungan 
Muhyiddin di Rumah Pangsa Senawang 2, di sini, sempena lawatan sehari beliau ke 
negeri ini.

Lawatan itu turut membawa khabar gembira bagi semua penghuni 17 blok rumah 
pangsa itu apabila kerajaan mengumumkan bantuan baik pulih serta penambahbaikan 
bangunan itu melalui peruntukan RM3 juta.

Terdahulu, ketika melawat Pusat Penjaja Ampangan di sini, Muhyiddin mengumumkan 
pemberian peruntukan RM5.45 juta bagi menaik taraf tiga lokasi di kawasan 
terbabit.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011101523002820111015230028/Article/artikelMA
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke