Malam tadi selepas solat jemaah Maghrib di Surau Alamanda, saya dan anak-anak 
ke Restoran Nasi Arab Lazeez, sebelah Balai Polis Bandar Baru Senawang, bungkus 
untuk makan bersama keluarga di rumah. Sementera menunggu nasi dibungkus, saya 
perasaan dua orang lelaki berbaju hitam sedang bersiap untuk makan.

Baju T yang digunakan merupakan pakaian seragam tertera Mag Apprentice. Tak 
syak lagi mereka ini dari Bengkel Kereta Mag Auto di Senawang. Saya perasaan 
sebab blog Mag Auto ini di http://mag-auto.blogspot.com selalu dikemaskini 
dengan pelbagai aktiviti perkhidmatan semasa mereka. Boleh dikira blog usahawan 
yang paling aktif dan menarik saya jumpa setakat ini.

Saya sendiri tidak pernah pergi ke bengkel berkenaan, namun apa yang terpapar 
pada blognya membuktikan pemiliknya seorang yang berdedikasi. 

Yang saya begitu kaget dan kagum ialah bengkel Mag ini tak macam bengkel lain, 
mereka mengamalkan prinsip kebersihan dan kekemasan yang disaran Islam yang 
begitu tinggi, lebih hebat dari 5S.

Bengkel mereka bersih, macam hospital. Pekerja mereka juga bersih, kemas dan 
tidak selekeh.

Balik kepada dua orang lelaki yang saya jumpa tadi, saya pun memberi salam dan 
menegur mereka. Borak punya borak, salah seorang adalah merupakan pemilik Mag 
Auto, iaitu Zamani.

Zamani ni begitu merendah diri, terus terang dia kata dia tiada kelulusan 
tinggi, tapi mempunyai pengalaman dalam industri otomotif, akhirnya menjadi 
usahawan otomotif yang berjaya.

Zamani adalah merupakan anak peneroka Felda di Tampin. Sekarang ini beliau 
mengumpulkan semua belia-belia Felda yang gagal dalam pelajaran tetapi berminat 
untuk menceburi bidang otomotif untuk dilatih dan bekerja dengan beliau.

Itulah hebatnya Bengkel Mag Auto yang diusahakan Zamani ini. Ianya bukan 
sebarang bengkel, ianya boleh jadi pusat latihan, pusat usahawan, mini 
universiti dan macam-macam lagi.

Dia menjemput saya datang ke bengkelnya bila-bila masa. Saya kata esok 
Deepavali buka ke? Dia kata bengkel dia buka sepanjang masa , kecuali Idil 
Fitri dan Idil Adha.

Di bawah ini sedikit maklumat mengenai Mag Auto : 

Bengkel Kereta dan Drag Race 
MAG AUTO GARAGE
No: 76, JALAN TPS 4
Senawang Business Park
70450, Seremban, Negeri Sembilan

General Mechanical & Servicing
* Engine Conversion Upgrading
* Modification Of Engine & Parts
* New & Used Performance Parts

Office (Seremban, Negeri Sembilan) : O6 - 6770002
Untuk sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi
ZAMANI : 019 - 3874976



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke