Saya menerima satu e-mel dari seorang warga Felda di Negeri Sembilan pada 2 Nov 
2011. Siapalah saya, saya bukannya Karam Singh Walia boleh ketengahkan isu 
permasalahan warga Felda ini ke pihak yang sepatutnya. Saya hanya seorang 
blogger cabuk.

Blog saya pun tidak ramai pengunjungnya di http://waghih.blogspot.com . Juga 
Facebook saya pun bukannya ramai yang menjadi rakan di 
http://www.facebook.com/Rozmal .

Tak apalah. Kita harapkan adalah pihak yang sudi mendengar rintihan warga Felda 
Sg Kelamah ini mengenai masalah bekalan air, terutamanya ADUN Gemas, Ahli 
Parlimen Tampin, Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengerusi Felda atau sesiapa 
sahaja yang boleh bertindak. 

E-mel di bawah ini saya siarkan semula tanpa di edit : 

Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAH, saya ingin berkongsi dengan tuan kisah ini 
memandangkan tuan ada pendekatan tersendiri dalam menyampaikan maklumat dan 
berita. Mudah-mudahan pendekatan tuan boleh mencelikkan mata banyak pihak.

Saban hari didedahkan dalam TV tentang kemajuan FELDA, kemakmuran peneroka ( 
kononnya ) dan pelbagai lagi kesenangan mereka. Namun senangkah dan tenangkah 
hidup kami di Felda Sg Kelamah jika dalam seminggu pasti ada beberapa hari air 
terputus. 

Janganlah kerana memikirkan kami sentiasa mempunyai tong simpanan air , atau 
kerana kami tidak banyak gunakan air kerana sudah berusia , atau mengandaikan 
kami ini jenis yang tidak bersungut ; maka masalah dibiarkan berlarutan bahkan 
semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Gangguan air ini bukan sahaja menyakitkan hati bahkan mengganggu kententeraman 
sekeluarga. Kadangkala anak-anak pulang untuk berehat bersama ibubapa dengan 
keriuhan cucu dan cicit; namun masalah air menjadikan keceriaan tersebut 
lenyap. Bagaimana ingin beribadah jika bekalan air bersih di rumah dan masjid 
juga tiada. 

Bayaran bil air setiap bulan tidak berkurang pun walau air kerap tiada. Adakah 
air dicatu ? Jika dicatu, kenapa kami tidak dimaklumkan jadual catuan ? JIka 
dicatu ..kenapa ? Bukankah FELDA sudah maju ? Jika alasan paip lama, maka 
tukarkanlah . Janganlah kebajikan para peneroka diperkotak katikkan....

TAMAT 

********* 

Lalu saya pun mencarilah beberapa permasalahan warga Felda di Negeri Sembilan 
ini berkaitan dengan bekalan air. Dibawah ini antara beberapa berita berkaitan 
yang saya jumpa : 

20 Okt 2011 - Saya mewakili penduduk di Felda Raja Alias 3, Bandar Baru 
Serting, Bahau, Negeri Sembilan. Di sini saya ingin meluahkan masalah yang di 
hadapi oleh semua penduduk di sekitar. Berita penuh di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/10/gangguan-bekalan-air-di-felda-raja.html 

Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, 
lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini 
yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap 
hari. Berita penuh di 
http://pasns.blogspot.com/2010/03/kisah-derita-warga-felda-di-nsembilan.html 

Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang 
berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera 
supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa. Berita 
penuh di 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/masalah-bekalan-air-tiada-kesudahan.html 

Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati 
terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air 
di kawasan mereka. Berita penuh di 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/penduduk-berang-tiada-bekalan-air.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke