Di Seremban ada dua tapak perkuburan Islam yang utama. Yang lama dan hampir 
penuh di Makam Sheikh Ahmad di Sikamat. Yang baru ialah di Tanah Perkuburan 
Senawang berhampiran Enconsave dan Taman Forest Height. Akan tetapi keadaan 
Tanah Perkuburan Islam di Senawang ini amat menyedihkan, walhal ini lah 
satu-satunya kawasan tumpuan perkuburan Islam di Seremban ketika ini.

Kawasan perkuburan ini sentiasa lecak dan basah, walaupun hari tidak hujan, 
menyebabkan kesukaran kepada para pengunjung untuk menziarahi kubur, apatah 
lagi untuk urusan pengkebumian jenazah.

Lebih memeranjatkan ada 2-3 tapak kubur telah menjadi semacam kolam atau 
perigi. Tidak pasti tapak kubur ini kosong atau telah digunakan memandangkan 
sekeliling kolan ini telah pun ada penghuninya.

Tanah Perkuburan Islam di Senawang ini menurut sumber adalah kawasan tanah 
tambak, di bahagian bawah sebelah hujung adalah berpaya. Tanah Perkuburan Islam 
Senawang ini telah sedia ada sebelum adanya Econsave dan Taman Forest Height. 
Apabila jalan ke Taman Forest Height telah dibuat, ianya menyebabkan aliran 
sungai di kawasan paya tersebut telah tersekat, mengakibatkan “back flow” ke 
kawasan perkuburan.

Banyak agensi berkaitan perlu turun padang melihat sendiri kawasan kubur ini, 
jangan tunggu nak jadi jenazah baru nak turun padang. Walaupun tanah kubur ini 
milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, pengurusannya adalah dijalankan oleh 
Majlis Perbandaran Seremban.

Sementara Jabatan Pengairan dan Saliran pula bertanggungjawab untuk memastikan 
aliran air tersebut dapat berjalan lancar ke parit, sungai atau anak sungai 
yang berhampiran.

Takkan perkara macam ni nak tunggu Tan Sri Muhyiddin Yasin turun padang, baru 
nak turun peruntukan membaik pulih kawasan perkuburan Islam di Seremban ini 
seperti lawatan beliau tempoh hari ke Flat Senawang yang betul-betul sebelah 
tanah perkuburan ini.

Pihak media dan wartawan pula, cubalah tengok sendiri kedaifan kawasan tanah 
perkuburan Senawang , pasti lentok dan meleleh air mata.

Tak percaya tengok gambar-gambar sekitar tanah perkuburan Islam Senawang yang 
saya ambil pada jam 9.30 pagi Rabu 9 Nov 2011 di 
http://waghih.blogspot.com/2011/11/sedih-lihat-tanah-perkuburan-seremban.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke