9 Okt 2011, PONTIAN: Kira-kira 300 jemaah Masjid Jamek Kampung Tenggayun, di 
sini bimbang keselamatan mereka terancam berikutan beberapa tiang masjid 
berkenaan kelihatan semakin condong hingga ada tapaknya yang terbenam, sekali 
gus mencetuskan kebimbangan struktur bangunannya yang tidak lagi selamat 
digunakan. 
 
Bangunan masjid yang dibina sejak 41 tahun lalu atas tanah gambut seluas satu 
hektar bertiang konkrit, itu kini kelihatan condong dengan beberapa kesan retak 
pada tembok yang berfungsi sebagai penutup ruang bawahnya semakin ketara. 
 
Tiang konkrit condong sudah berlaku sejak sembilan tahun lalu dan beberapa 
tiang kayu diletakkan sebagai sokongan mengelakkan keadaan lebih serius, namun 
ia tidak bertahan lama. 
 
Mohd Khodri Sudir, Ahli JKKK Kampung Tenggayun Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan 
Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Khodri Sudir, berkata keadaan beberapa tiang 
konkrit penyokong struktur masjid terbabit yang semakin condong, sekali gus 
menimbulkan kerisauan jemaah terutama ketika mengadakan majlis membabitkan 
ramai penduduk seperti solat Jumaat.
 
Katanya, pelbagai usaha dilakukan setakat ini bagi mengurangkan risiko termasuk 
memasang beberapa tiang tambahan dari kayu sebagai penahan, namun usaha itu 
tidak berhasil, sebaliknya tiang kayu itu lama kelamaan terbenam ke dalam tanah 
serta condong.
 
Beliau berkata, penduduk hanya mampu menggunakan bahan binaan seperti tiang 
kayu terpakai kerana harganya lebih murah dan ia dikumpul daripada wang kutipan 
tabung masjid.
 
“Kejadian beberapa tiang konkrit condong sudah berlaku sejak sembilan tahun 
lalu dan beberapa tiang kayu diletakkan sebagai sokongan mengelakkan keadaan 
lebih serius, namun ia tidak bertahan lama dan terpaksa diganti kayu lain dalam 
tempoh singkat,” katanya. 
 
Mohd Khodri berkata, masjid berkenaan bukan setakat condong, malah sebahagian 
dinding turut dinaiki anai-anai.
 
Ketua Kampung Tenggayun Kawasan 9, Ismail Ramlan berkata, berikutan masjid yang 
semakin uzur itu, jemaah yang hadir terpaksa berhati-hati ketika berada dalam 
masjid kerana bimbang ia runtuh pada bila-bila masa.
 
“Saya terharu ada kalangan penduduk sanggup meluangkan masa bergotong-royong 
untuk membina tiang tambahan dari kayu, namun ia tidak mampu bertahan lama,” 
katanya.
 
Beberapa masalah lain yang membelenggu umat Islam di Johor di bawah ini : 
 
Masalah tanah perkuburan Islam Muar di 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-tanah-perkuburan-islam-di-johor.html
Masalah bangunan sekolah agama usang Johor di 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html 
Sekolah Agama Daif di Johor Bahru 
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasjidJamekhampirroboh/Article

Kirim email ke