Inilah nasib 1Malaysia pada ketika ini. Dikala ramai graduan , bakal guru 
lepasan KPLI, TESL, UPSI sedang menganggur, kerajaan mengambil 300 orang guru 
Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat, secara tidak langsung menunjukkan guru 
Bahasa Inggeris rakyat 1Malaysia tiada kelas, termasuk universiti dan institut 
perguruan yang mengajar semua bakal guru ini. 
 
MELAKA 6 Mei 2011 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 
KERAJAAN AKAN MEMBAWA MASUK KIRA-KIRA 300 PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS DARI 
AMERIKA SYARIKAT BAGI MEMBIMBING PARA PELAJAR TEMPATAN DALAM MATA PELAJARAN 
BAHASA ITU MULAI TAHUN DEPAN. "Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 
dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival 
Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini.
 
GURU KECEWA MENANTI ‘POSTING’
Aduan Rakyat , Oktober 2011 
Saya mewakili mereka-mereka yang seangkatan dengan saya, merupakan graduan 
lepasan sebuah universiti tempatan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris 
Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Aduan dan ketidakpuasan hati saya ialah tentang 
penempatan kami di sekolah. Walaupun telah hampir 4 bulan kami menamatkan 
pengajian kami, tetapi sehingga hari ini, kami masih belum di beri apa-apa 
maklumat berkaitan penempatan kami di sekolah. Kami ternyata amat kecewa dengan 
apa yang berlaku kepada kami ini – PENGANGGURAN BERAMAI-RAMAI.
 
Berita sebelum ini :
 
Ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html 
 
Berita sedih ribuan bakal guru dalam Bajet 2012 di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/berita-sedih-ribuan-bakal-guru-dalam.html 
 
Kisah ramai para guru graduan TESL menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html 
 
Kisah ramai para guru graduan KPLI menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html
 
Kisah beratus bakal guru Bahasa Inggeris TESL masih menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/ramainya-bakal-guru-menganggur.html 
 
Kisah begitu ramai bakal guru KPLI 2010 menganggur di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html 
 
Kisah Muhyiddin nak ambil 370 guru negara asing ajar Bahasa Inggeris di 
http://amkns.blogspot.com/2010/10/370-guru-pengajar-asing-muhyiddin.html 
 
Guru Amerika diagungkan, guru Malaysia bangsat ke wahai TPM? Di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html 

Kirim email ke