Nampaknya guru sekolah yang bawa duit tunai untuk diagihkan kepada pelajar 
RM100 setiap seorang kena pastikan ada insuran atau takaful nyawa, ada jaket 
kalis peluru, ada pengawal keselamatan bersenjata. Sedangkan duit beberapa 
puluh ringgit pun ada yang mati dek peragut, inikan pula tunai RM 200,000.00. 
1Malaysia, Rakyat Didahulukan untuk …. 
 
GURU BESAR BOLEH MINTA POLIS IRINGI WANG BANTUAN
 
Utusan Malaysia, ALOR SETAR 12 Nov. 2011 - Guru besar dan pengetua sekolah 
boleh meminta bantuan anggota polis bagi mengiringi mereka membawa wang bantuan 
khas awal persekolahan yang dikeluarkan dari bank ke sekolah untuk diagihkan 
kepada pelajar.
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu boleh 
diambil jika jumlah wang bantuan khas itu dibawa dalam kuantiti yang besar 
memandangkan jumlah pelajar yang ramai di sesebuah sekolah. 
 
"Jika sebuah sekolah ada 2,000 pelajar, maknanya sekolah itu akan membawa 
pulang wang tunai RM200,000 ke sekolah jadi kementerian telah berbincang dengan 
pihak polis agar mengiringi mereka ketika wang itu dibawa," katanya.
 
Ka Siong mengulas langkah kerajaan mengagih wang bantuan khas awal persekolahan 
sebanyak RM100 seorang kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara seperti 
diumumkan dalam Bajet 2012 melalui akaun sekolah masing-masing.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm
 
 
 
Pengawal baru 3 hari bekerja ditembak mati
Berita Harian 1 Nov 2011 
    
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang baru tiga hari bekerja 
ditembak mati dalam rompakan nekad sebuah kenderaan pacuan empat roda, 
berhampiran Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 
di sini pagi semalam. 
 
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, bersama dua 
rakan setugas dalam perjalanan ke sebuah bank di Universiti Malaya (UM) selepas 
mengutip wang tunai RM173,000 dan puluhan cek dari Unit Kewangan pusat 
perubatan berkenaan. 
http://www.bharian.com.my/articles/Pengawalbaru3haribekerjaditembakmati/Article/
 
 
Samun duit RM20,000
 
SEREMBAN: Seorang wanita hanya mampu melihat dua penjenayah bertopeng melarikan 
wang tunai lebih RM20,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dalam kejadian 
samun di depan rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, kelmarin.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua penjenayah bersenjatakan objek 
tajam itu menyerbu kereta mangsa sebelum memecahkan cermin kereta itu lalu 
melarikan wang tunai yang diletakkan di dalam sebuah beg.
 
Menurutnya, mangsa segera memandu pulang ke rumah dalam usaha untuk 
menyelamatkan diri dan wang yang baru dikeluarkannya.
 
“Bagaimanapun, sebaik tiba di depan rumahnya, dia diserbu dua lelaki bertopeng 
yang bersenjatakan objek tajam memecahkan cermin kereta dipandunya sebelum 
mengambil wang yang baru dikeluarkan dari bank.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SamunduitRM20_000/Article  
 
Bayangkanlah betapa baiknya kerajaan BN ni, sampaikan kalau ada anak jutawan 
atau bilionwan yang berada di sekolah rendah atau menengah akan diberi RM100 
setiap pelajar. Tapi ada syarat, iaitu terpulang kepada ibu bapa dan penjaga 
samada hendak menerima atau tidak mengikut kemampuan masing-masing. Apa punya 
syaratlah macam ni. Nampak sangat Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM separuh 
masak atau mungkin terlebih masak. Kisah selanjutnya di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/anak-jutawan-pun-dapat-rm100-dlm-bajet.html 

Kirim email ke