Minggu lepas emak bersih halaman rumah di kampung. Ada kereta sorong buruk yang 
tak guna lagi. Emak suruh buang. Saya pun letaklah dalam kereta besi buruk 
kereta sorong tadi, berat juga angkat dengan anak. Puas fikir mana pula nak 
buang. Susah-susah pergi saja pekan Chengkau beri pada kedai jual besi buruk di 
sana.

Saya isi minyak dulu di pekan Rembau. Malas pula rasanya nak pergi pekan 
Chengkau. Fikir punya fikir, hati tergerak nak buang di tong sampah dekat pasar 
Rembau, harap-harap adalah orang akan ambil untuk jual sebagai besi buruk.

Lalu pasar Rembau dah tengahari, tak ada orang di pasar. Di kawasan tong sampah 
tersebut ada seorang lelaki sedang mencari-cari kotak dan besi buruk dalam tong 
sampah. Saya pun tanya lelaki tersebut, nak kereta sorong buruk tak. Lelaki 
tadi macam orang mengantuk disorongkan bantal. 

Dia bukan main suka dapat besi buruk, saya pula bukan main suka dapat buang 
kereta sorong tadi pada orang yang memang memerlukan. 

Beberapa minggu lepas surau saya ada kerja mengecat atap, dinding dan pagar 
surau oleh kontraktor. Tin-tin cat kosong pekerja kontraktor tadi buang dalam 
lubang sampah belakang surau, bukan main banyak. Saya pun kutiplah semula, 
nanti jadi tempat biak nyamuk pula.

Saya kemekkan tin tadi dengan tukul gergasi dan masukkan dalam plastik sampah. 
Dapat dua plastik besar. Letak saja luar pagar surau. Esoknya tengok, dua 
plastik sampah berisi tin-tin cat kosong tadi telah tiada. 

Senang bukan buat pahala. Ini serampang lebih dari dua mata. Orang yang 
memerlukan dapat duit jual besi buruk. Kita dapat amalkan konsep kitar semula. 
Alam sekitar lebih baik untuk jangka masa panjang.

Jadi kalau ada besi-besi buruk dalam rumah, luar rumah, dalam kereta, luar 
kereta. Kumpulkan elok-elok, kalau nak jual sendiri besi buruk pun boleh. Kalau 
tak nak jual, berilah pada kepada sesiapa yang mencari besi buruk. Kalau susah 
sangat nak cari orang yang perlukan besi buruk, letak elok-elok tepi tong 
sampah, pasti ada yang mengambilnya.

Bukan setakat besi buruk, kotak, plastik pun elok dibuat begitu. 

Kempen Kitar Semula yang dibuat oleh kerajaan boleh dikatakan GAGAL. Tak 
percaya pergi stesen-stesen minyak yang ada 3 tong berlainan warna untuk diisi 
bahan buangan kitar semula, dah jadi tong sampah.

Jadi jayakan kempen kitar semula untuk diri kita sendiri. Kalau kita tak dapat 
duit, kita dapat pahala insyaAllah.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke