Sesiapa yang pernah berjumpa atau berguru dengan seorang ulama dari Negeri 
Sembilan iaitu Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan (1907-1997) pasti 
tidak mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Ibrahim ini bukan sahaja seorang ulama 
yang begitu merendah diri dan tinggi ilmu agamanya. 

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim adalah merupakan seorang saintis Islam yang 
begitu hebat yang tiada tandingannya hingga ke saat ini (setakat yang saya 
ketahui).

Ini adalah kerana beliau seorang yang mempunyai ilmu matematik, trigonometri, 
sains dan astronomi yang hebat sahaja sehingga dapat menyusun takwim solat 
dengan tepat. 

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bertanggungjawab menyusun takwim solat untuk 
Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain yang masih digunakan 
sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini saya telah menziarahi Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim 
di Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan berjumpa dengan cucu kepada Almarhum 
Tuan Guru Haji Ibrahim iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff.

Saya pehatikan di satu sudut surau itu dalam almari kaca yang berkunci satu 
alat yang ringkas, berbentuk suku bulatan, berkaki dan ada kertas geraf. 

Dalam fikiran saya , mungkin ini alat yang digunakan untuk mengira takwim solat.

Lalu saya bertanya kepada Ustaz Khairuddin, beliau berkata memang itu alat yang 
digunakan oleh datuknya untuk mengira takwim solat. Menurut beliau ada buku 
yang mengandungi formula, dan tali turut digunakan semasa membuat perkiraan.

Malangnya buku tersebut tiada dalam simpanannya, dan tiada siapa yang tahu 
bagaimana cara perkiraan takwim solat tersebut dibuat.

Saya terasa begitu sedih sekali, satu kerugian yang amat besar kepada umat 
Islam di Malaysia ini jika ilmu seperti ini tidak ada sesiapa yang mampu 
mempelajarinya.

Jangan dipandang rendah para ulama ini, mereka ini memang diam-diam ubi berisi. 
Memang mengkagumkan, tanpa komputer, tanpa kalkulator, Almarhum Tuan Guru Haji 
Ibrahim dapat membuat perkiraan trigonometri, sain, kosain, tanjen dan 
sebagainya.

Ulama kita ini hebat bukan sebab belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa 
Inggeris. Mereka belajar dan mengajar menggunakan tulisan Jawi, Bahasa Melayu 
dan Bahasa Arab.

Seorang lagi ulama Negeri Sembilan yang hebat ialah Almarhum Syeikh Haji Ahmad 
yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Saya diberitahu bahawa 
beliau dapat melihat anak bulan hanya menggunakan mata kasar, tanpa memerlukan 
teropong. Dan beliau pasti akan dapat melihat anak bulan apabila tepat 
waktunya. 

Berbanggalah menjadi orang Melayu, umat Islam dengan Bahasa Melayu dan tulisan 
Jawi. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Maklumat mengenai Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di 
http://madrasahbongek.blogspot.com 

PORT DICKSON 24 Sept. - Projek pembinaan balai cerap dan sebuah hotel bertaraf 
tiga bintang di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini telah siap 35 
peratus.

Projek ini yang didirikan di kawasan seluas 1.2 hektar adalah projek usahasama 
antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri 
Sembilan (Mains) yang merupakan pemilik tanah. 

Mengulas mengenai projek pembinaan balai cerap itu, beliau berkata antara 
kemudahan yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan 
yang boleh menampung 200 orang, surau, pejabat, bilik kuliah, bilik mesyuarat 
dan bilik pameran.

"Balai cerap ini memusatkan semua kegiatan daripada melihat anak bulan, kajian 
bintang, cakerawala dan planet bagi menjana kemajuan ilmu falak. Ia akan 
menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting."

"Dengan terlaksananya projek ini, ia juga adalah satu usaha untuk meningkatkan 
kesedaran dalam bidang astronomi di kalangan pelajar dan orang ramai. Balai 
cerap ini akan dilengkapkan dengan teleskop 24 inci yang merupakan antara 
teropong jauh yang terbesar di Malaysia bagi kemudahan mencerap bintang, 
planet, langit dan sebagainya," katanya.

Kamal Amran berkata pengurusan balai cerap itu akan dibuat secara usahasama 
dengan Universiti Malaya (UM).

Apabila siap kelak, katanya UM bersetuju untuk menempatkan para pegawai dan 
penyelidiknya untuk membantu menguruskan balai cerap tersebut.

Katanya salah satu keunikan yang terdapat di balai cerap itu ialah jam matahari 
yang akan diletakkan di dataran kompleks tersebut. Jam ini menunjukkan masa 
berdasarkan perjalanan matahari.

"Di samping itu, balai cerap ini juga akan mempunyai galeri yang akan 
menempatkan bahan-bahan sejarah berkaitan dengan cerapan dan astronomi dalam 
Islam," katanya. 

Sementara itu, katanya, hotel setinggi empat tingkat yang mempunyai 84 bilik 
serta tiga pangsapuri adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang dan di antara 
kemudahan yang terdapat di situ ialah restoran, surau, tempat riadah dan parkir.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm
 

Sarjana Falak http://mufti.penang.gov.my/pusat_falak/SARJANA%20FALAK.pdf 

Kaedah ringkas utk menghitung waktu solat 
http://syihanf.blogspot.com/2011/01/kaedah-ringkas-utk-menghitung-waktu.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke