Ramai pihak memperkatakan mengenai isu negatif, isu murtad, isu seksualiti 
merdeka, isu gejala buang bayi, isu penyalahgunaan kuasa, isu rasuah, isu dadah 
dan sebagainya. Semuanya negatif belaka, begitu kurang digembar gemburkan isu 
positif, seperti ulama Negeri Sembilan yang merupakan tokoh saintis, tokoh 
matematik, tokoh trigonometri yang paling hebat di Malaysia yang boleh 
mengalahkan barisan para professor di universiti.

Begitu juga isu tokoh bolasepak Malaysia, secara khususnya bintang bolasepak 
Negeri Sembilan yang menjaringkan gol kemenangan pasukan Negeri Sembilan semasa 
perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, satu gol “first timer scissors kick” yang 
paling cantik yang saya saksikan.

Saya ingatkan gol Hairudin Omar tu yang paling cantik, rupa-rupanya yang paling 
cantik ialah gambar Hairudin Omar mengimamkan solat Isya di bilik persalinan 
selepas pertandingan. Walaupun gambar ini telah lama berlegar-legar di 
internet, dan diambil secara spontan, bukan dirancang, tetapi nampaknya isu ini 
kurang dijadikan modal untuk menarik para belia untuk menjadikan isu solat 
sebagai isu paling utama untuk menyelamatkan akidah umat.

Sehubungan dengan itu Blog Waghihdi http://waghih.blogspot.com dan Buku Muka 
Waghih di www.facebook.com/Rozmal menobatkan Hairudin Omar sebagai Tokoh Maal 
Hijrah 1433 H (Maaflah Hai O, setakat nobat yo, den bukan jutawan nak bagi wang 
ringgit sebagai hadiah atau nak boghi banglo sebuah atau pergi umrah)

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 H kepada semua pengunjung Blog Waghih 

Sila baca artikel saya sebelum ini berkenaan 12 juta orang Melayu di Malaysia 
yang setiap hari meruntuhkan agama Islam di 
http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke