Seorang blogger N.Sembilan yang amat membenci Pakatan Rakyat terutama sekali 
Dato Seri Anwar Ibrahim telah menulis satu artikel yang mendatangkan keraguan 
kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke program motivasi dan 
perkhemahan yang bercirikan Islam sempena cuti sekolah ini dengan tuduhan liar 
dan tidak berasas. 
 
Antara kenyataan dalam blog berkenaan ialah : (Ibu bapa disarankan agar 
sentiasa memantau content program di setiap aktiviti perkhemahan, kem menara 
gading, kursus motivasi etc. yang melibatkan anak-anak anda terutama di musim 
cuti persekolahan agar anak-anak ini tidak diindoktrinasi dengan dakyah politik 
extremist sejak kecil.).
 
Kalau dah benci sangat progam yang kononnya dikaitkan dengan parti pembangkang, 
KENAPA Pemuda Umno, Puteri Umno atau Putera Umno tidak menganjurkan lebih 
banyak program, perkhemahan, motivasi yang bercirikan Islam di Negeri Sembilan 
ini untuk membentuk jati diri remaja Melayu/Islam yang semakin bermasalah?
 
Kenapa apabila Kementerian Pelajaran menganjurkan bersama program yang 
menggalakkan pelajar sekolah perempuan sertai tarian terkangkang-kangkang, 
blogger yang benci sangat kepada Pakatan Rakyat dan DSAI ini tidak membuat 
kecoh? Program anjuran bersama Kementerian Pelajaran tersebut di 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html 
 
Artikel penuh blogger N.Sembilan tersebut di 
http://paneh.blogspot.com/2011/11/kegiatan-menghasut-pelajar.html

Kirim email ke