Pihak polis dari Bukit Aman, IPK dan IPD Rembau perlu menubuhkan pasukan 
petugas khas (special task force) untuk membanteras jenayah samun pecah rumah 
yang semakin menjadi-jadi ketika ini sekitar Rembau.
 
Didera tiga penceroboh
Harian Metro 29 Nov 2011 
 
REMBAU: “Saya terpaksa membuang air kecil atas lantai rumah kerana mereka tidak 
menghiraukan permintaan saya untuk ke tandas dan mengarahkan supaya diam,” kata 
Puziah Abdul Rahman, 71, yang berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di 
Kampung Mayon, Chengkau di sini, diceroboh tiga penjenayah, awal pagi semalam.
 
Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat 
ditumbuk penjenayah.
 
Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga 
daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi.
 
“Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga 
lelaki memegang parang di tangga dapur rumah.
 
“Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup 
mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang 
daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya,” katanya ketika ditemui Harian 
Metro di sini, semalam.
 
Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu 
berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari 
barang berharga.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/2011112903342620111129033426/Article 

Kirim email ke