Entah macamana tetiba saya melayari laman web PDRM, ternampak ruangan untuk 
Sistem Semakan Online (SSO) , boleh periksa saman trafik di 
http://sso.rmp.gov.my/Login.aspx . Mula-mula kena daftar dulu di laman web SSO 
dengan memasukkan butiran peribadi dan kata laluan. Bila dah daftar, saya pun 
semaklah, kot-kot ada saman.

Sedikit terperanjat. Ada rupanya. Pelik, tak ada pula terima notis pembayaran 
melalui pos. Periksa nombor pendaftaran kereta, memang kereta saya, tapi bukan 
saya yang bawa, anak yang belajar di Universiti Malaya yang bawa. 

Tengok tarikh saman, memang waktu dia belajar di UM tulah. Bukan satu saman, 
tapi dua saman. Mujur hanya RM50 setiap saman. 

Setelah saya yakin memang saman ini kenderaan milik saya, saya pun beritahulah 
anak saya, kalau ada saman, beritahu lekas. Lepas tu jangan suka-suka beri 
sesiapa pinjam kenderaan. Pinjam pandai, bila kena saman tak pandai nak 
beritahu, nak bayar jauh sekali.

Lalu saya pun pergilah ke Cawangan Trafik IPD Seremban 2, terus bayar saman. 
Tanya juga kaunter , kot-kot boleh diskaun. Katanya tak ada, tak apalah, saya 
pun bayar sajalah. 

Rasanya tak ramai yang tahu laman web Sistem Semakan Online PDRM ini, kerana 
jumlah pelawatnya sejak Jun 2011 hanya sebanyak 24,781 pelawat. Lagi banyak 
lagi pelawat yang melayari blog saya dalam tempoh sebulan.

Nampaknya semua pihak kenalah promosi sikit laman web Sistem Semakan Online 
PDRM ini. Tak perlulah tunggu saat akhir untuk bayar saman trafik macam selalu 
kecoh-kecoh sebelum ini. 

Kalau dah semak, kalau yakin memang kita yang buat kesalahan, bayarlah 
cepat-cepat. Kalau yakin bukan kesalahan kita, buatlah pembetulan, rayuan, 
bantahan cepat-cepat.

Kepimpinan Melalui Tauladan. Menteri, wakil rakyat dari mana-mana parti, artis, 
selebriti cuba semak ada tak saman, bayar cepat-cepat, barulah rakyat atau 
peminat boleh ikut. Kalau tak salah, buat bantahan cepat-cepat. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke