Seorang pegawai polis adalah antara saspek yang ditahan dalam satu kes rompakan 
kedai emas di Kuala Terengganu. Berita-berita sebegini menambahkan lagi 
keraguan orang awam terhadap integriti anggota PDRM. Hanya iman yang teguh 
nampaknya menjadi benteng seseorang itu dari melakukan jenayah dan rasuah.
 
Koleksi kes-kes anggota polis, tentera dan SPRM yang terlibat dengan jenayah 
baru-baru ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/11/berita-yang-amat-memalukan-warga-pdrm.html
 
Policeman among suspects nabbed in goldsmith shop robbery
1 December 2011
 
KUALA TERENGGANU: A police officer was among two suspects detained by police in 
connection with an armed robbery at a goldsmith shop in Wakaf Tapai, here on 
Monday.
 
Terengganu Police Chief Datuk Jamshah Mustapa when contacted by Bernama 
confirmed that one of the suspects detained was a police officer.
 
"I cannot reveal further details because we are in the midst of conducting an 
investigation. I do not want to make any statements that may hinder our 
investigation," he said.
 
During the daring robbery at about 11.30am on Monday, two men armed with a 
pistol and a hammer carted away jewellery worth RM10,000 from a goldsmith shop 
in Wakaf Tapai.
 
He added that six shop assistants were busy arranging gold ornaments for 
display when two suspects wearing full-faced helmets rushed into the shop and 
pointed a pistol at the workers before breaking a display cabinet that 
contained gold jewellery.
 
When rushing out of the shop, the suspects, who chanced upon the owner of the 
shop, fired randomly but the owner managed to duck behind a car to avoid being 
hit, he said. – Bernama
 
http://www.thesundaily.my/news/225836 
 
2 lelaki larikan barang kemas RM10,000
 
MARANG: Dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan satu 
dulang barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam rompakan di sebuah kedai 
emas di Wakaf Tapai, di sini hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Marang Ahmad Mazlan Yahaya berkata kejadian berlaku pada 
kira-kira jam 11.30 pagi ketika enam orang pekerja kedai emas itu sedang sibuk 
menyusun barang kemas untuk memulakan perniagaan. 
 
 
Beliau berkata dua lelaki memakai topi keledar menutup muka meluru masuk 
kedalam kedai itu dan seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah pekerja 
kedai di kaunter, manakala seorang lagi terus memecahkan cermin pameran. 
 
Menurutnya semasa hendak melarikan diri, suspek terserempak dengan pemilik 
kedai emas dan bertindak melepaskan tembakan, namun pemilik kedai itu sempat 
berlindung di tepi sebuah kereta. 
 
"Selepas melepaskan tembakan kedua-dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha LC 
melarikan diri menghala ke arah Bukit Payong," katanya ketika ditemui di tempat 
kejadian di sini hari ini. 
 
Ahmad Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai 
kejadian itu supaya menghubungi Ibupejabat Polis Daerah Marang 09-6812222 di 
bagi membantu siasatan. 
 
Sementara itu seorang pekerja kedai itu Raibainor Rashid, 25, ketika ditemui 
berkata kejadian berlaku semasa dia berada di kaunter hadapan, sedang menyusun 
barang-barang kemas. 
 
"Saya sendirian berada di depan manakala rakan yang lain ada di bilik. Perompak 
itu masuk dan terus acu pistol kearah kepala saya, panik dan takut, saya terus 
melarikan diri kebelakang dan menjerit minta tolong," katanya. 
 
Sementara itu pemilik kedai berkenaan Fong Swee Heng, 48, berkata ketika 
kejadian dia dalam perjalanan ke kedainya apabila dia terdengar salah seorang 
pekerja menjerit meminta tolong. - Bernama
 
http://www.hmetro.com.my/articles/2lelakilarikanbarangkemasRM10_000/Article 

Kirim email ke