Terlalu mudah sekarang ini kita hendak membantu saudara mara, jiran tetangga, 
rakan sekerja kita yang susah. Kita tolong sebarkan maklumat di bawah ini 
kepada mereka agar mereka segera ambil borang untuk mendapatkan RM500 sekali 
seumur hidup. Asalkan jumlah pendapatan suami kurang RM3000 sebulan layaklah 
mereka mendapatkannya. 

Kalau mereka menghadapi kesukaran pengangkutan atau akses internet, kita tolong 
buat salinan borang permohonan dan edarkan kepada seramai mungkin yang layak. 
Harap-harap 10 Dis 2011 nanti ada di laman web LHDN. 

Ramai yang layak RM500 ni. Kalau kilang tempat saya bekerja, boleh dikatakan 
lebih 90 peratus layak di bahagian pengeluaran. Kalau di kampung, di Rembau, 
rasanya pun lebih 90 peratus yang layak. Kalau di taman perumahan di Senawang 
mungkin lebih 50 peratus yang layak. Kalau di rumah pangsa Senawang, rasanya 
hampir 100 peratus yang layak. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat 
mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, 
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat 
kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh 
tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat 
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah 
untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, 
sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam 
kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 
5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara 
ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian 
bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan 
bulanan RM3,000 dan ke bawah.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu 
meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang 
menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal 
bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu 
(bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas 
sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. - 
BERNAMA 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke