Putera Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Zain Al-Abidin Tuanku 
Muhriz telah membangkitkan kemarahan pemimpin dan perwakilan Umno yang 
menghadiri Perhimpunan Agung Umno kerana salah faham artikel yang ditulis oleh 
Tunku Zain Al-Abidin di dalam akhbar The Star yang mengatakan mengenai 
lintah-lintah di PWTC. 
 
Kata Umno memperjuangkan Raja-Raja Melayu, tetapi kenapa baru seorang Putera 
Raja menegur segelintir sahaja yang seperti lintah kenapa semua terasa? 
Hinggakan Setiausaha Agung Umno hendak mengambil tindakan saman terhadap Tunku 
Zain Al-Abidin sekiranya beliau tidak memohon maaf.
 
Tunku Zain Al-Abidin amat professional dan merupakan seorang Putera Raja yang 
berkaliber, dengan pantas beliau memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersalah 
faham akan tulisan beliau.
 
Kenapa pemimpin Umno, perwakilan dan ahli Umno tidak baca sampai habis dan 
menggarap erti maksud sebenar tulisan Tunku Zain Al-Abidin? Malahan ada juga 
tulisan Tunku Zain Al-Abidin sebelum ini yang menegur pemimpin dan ahli Pakatan 
Rakyat, tetapi tidak pula kedengaran suara pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat 
yang meminta seorang anak Raja untuk meminta maaf.
 
Siapa yang tidak hormat kepada institusi Raja di Malaysia ini?
 
************ 
Negri prince apologises for Umno leeches comment, says analogy for some, not all
 
KUALA LUMPUR, Dec 3 2011 - Negri Sembilan prince Tunku Abidin Muhriz apologised 
for the misunderstanding that his remark, “leeches had penetrated” the largest 
component party of the ruling coalition, was implied to refer to the whole 
party.
 
“I would like to apologise for the misunderstanding caused by my comment 
pertaining to leeches at PWTC this week,” Tunku Abidin said in a statement 
carried by The Star Online yesterday.
 
“Although I clearly restricted the analogy to ‘some’ individuals, several 
quarters have interpreted my comment as applying to all those participating in 
the Umno general assembly. This is most unfortunate,” he said.
 
Tunku Abidin, who is founding president of the Institute for Democracy and 
Economic Affairs (IDEAS), started a weekly column, Roaming Beyond the Fence, in 
the English-language daily in September.
 
“Anyone who has been reading my articles over the past three years will know 
that I admire and deeply respect many Umno leaders,” the second son of the 
reigning Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan said.
 
He was criticised at the Umno general assembly for implying that some of the 
delegates were leeches.
 
“So, when I implied that leeches had penetrated the party, it was out of a 
sense of disappointment, not of an intrinsic hatred of the party, as has been 
suggested,” he said.
 
Tunku Abidin pointed out that he had deep respect for Umno leaders such as 
Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn
 
“Most recently, I have consistently praised the efforts of Datuk Saifuddin 
Abdullah in fighting for further democracy and freedom for all Malaysians.
 
“Furthermore, I have been consistent in congratulating the Prime Minister Datuk 
Seri Najib Tun Razak for his courageous attempts to reform the country under 
the Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme.”
 
Umno Youth chief Khairy Jamaluddin welcomed Tunku Abidin’s apology as well as 
the clarification on his stand.
 
He said it was not fair of the prince to make a “generalised statement” against 
Umno.
 
http://my.news.yahoo.com/negri-prince-apologises-for-umno-leeches-says-analogy-053822946.html
 
 
************* 
Tunku Abidin apologises for misunderstanding over "leeches" remark
2 December 2011
 
KUALA LUMPUR (Dec 2, 2011) : Institute for Democracy and Economic Affairs 
(IDEAS) president Tunku 'Abidin Muhriz today apologised for remarks he had made 
in his article that was published in his column Roaming Beyond the Fence.
 
 
http://www.thesundaily.my/news/227597 
 
Tunku 'Abidin mohon maaf 
 
KUALA LUMPUR 2 Dis. 2011 - Akhbar The Star diberi masa tiga hari untuk memohon 
maaf ekoran tindakan seorang kolumnisnya, Presiden Ideas, Tunku 'Abidin Muhriz 
yang mengumpamakan pemimpin UMNO seperti lintah.
 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika 
gagal berbuat demikian pihak terbabit perlu bersedia menghadapi saman malu 
daripada UMNO.
 
"Saya sudah membawa perkara ini kepada peguam untuk dibuat penelitian. Ini 
adalah suatu fitnah dan tohmahan yang sepatutnya tidak dilakukan.
 
"Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu 
adalah salah," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 
2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
 
Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star 
itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.
 
Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin 
berkata, perumpamaan yang diberikan penulis tersebut sangat tidak wajar.
 
"Proses untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO bukanlah urusan mudah kerana perlu 
melalui banyak tapisan. Ia melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian 
dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya," katanya.
 
Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar 
melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk 
kemerdekaan negara.
 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, 
dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.
 
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan 
tindakan The Star yang menerbitkan artikel tersebut ketika Perhimpunan Agung 
UMNO sedang berlangsung.
 
"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang menghairankan mengapa 
The Star membiarkan berita yang boleh menimbulkan kemusykilan kepada pembaca 
dikeluarkan," katanya.
 
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan 
tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan 
perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.
 
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali 
berkata, artikel-artikel seumpama itu sememangnya kerap diterbitkan oleh The 
Star.
 
"Saya tidak hairan dengan kenyataan itu kerana mereka (The Star) sering 
menggunakan kolumnis yang berfikiran liberal untuk meranap agenda Melayu. 
Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk 
merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu," katanya.
 
Sementara itu, menurut laman web The Star, Tunku 'Abidin malam ini meminta maaf 
secara terbuka berhubung artikelnya mengenai lintah di PWTC yang mencetus 
suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO.
 
Menurutnya, artikel itu telah dijelaskan secara analogi kepada 'beberapa 
individu' tetapi malangnya terdapat pihak yang menganggap komen itu ditujukan 
kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO itu.
 
"Saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel saya mengenai 
lintah-lintah di PWTC minggu ini.
 
"Sesiapa yang pernah membaca artikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu 
bahawa saya sangat kagum dan amat menghormati pemimpin UMNO," katanya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
 

Kirim email ke