Apakah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga meragui penurunan 
kadar jenayah dari statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri 
sendiri? Kenapa sudah bersara baru hendak bersuara?
 
SHAH ALAM 3 Dis. 2011 - Satu badan bebas perlu diwujudkan bagi mengkaji 
mengenai statistik jenayah di negara ini, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan 
Sri Musa Hassan. 
 
Beliau berkata, kewujudan badan bebas ini penting supaya rakyat dapat 
memperoleh statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan yang diyakini bebas dan 
adil serta tidak berkepentingan.
 
"Kita selalu membaca atau mendengar mengenai penurunan kadar jenayah, tetapi 
rakyat masih berasa tidak selamat kerana tidak yakin dengan maklumat 
penurunannya yang diterima itu," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Kolokium Kritikan Media 
Ke-25 anjuran pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, Fakulti 
Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari 
ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
 

Kirim email ke