8 Tahun Minta Jalan Diturap Tak Dilayan 
Aduan Rakyat , 7 Dis 2011 - Kampung Melayu Raya, Sagil adalah sebuah kampung 
yang terletak didalam daerah Ledang, Negeri Johor. Kampung ini didalam Mukim 
Tangkak. ADUN kawasan adalah seorang Exco negeri yang menjadi wakil kepada kami 
melalui DUN Gambir.
 
Jalan berlopak dikampung ini khususnya di Jalan Mujiran amat teruk, keadaan 
akan menjadi lebih teruk apabila musim hujan, masalah ini telah disiarkan oleh 
akhbar Sinar Harian dan akhbar tersebut ada menulis bahawa  ADUN tersebut 
berkata Jalan Mujiran ini kurang penduduk dan tak perlu dilakukan apa-apa. 
 
Yang menjadi persoalan saya kenapa kampung yang bersebelahan kampung ini dalam 
DUN yang sama dapat jalan berturap, minta pihak yang berkenaan tolong jelaskan.
 
By: Ibrahim
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/8-tahun-minta-jalan-diturap-tak-dilayan 
 
Exco Johor kemalangan, warga Indonesia terbunuh
 
JOHOR BAHARU 15 April 2009  - Anggota Exco kerajaan Johor, M. Asojan terlibat 
dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian seorang lelaki 
Indonesia hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm
 
 
PELANTIKAN ASOJAN DIPERTIKAI 
Tarikh : 17-03-2008 
 
KUALA LUMPUR : Calon MIC bagi jawatan Exco Kerajaan Johor mencetuskan rasa 
tidak puas hati di kalangan pemimpin akar umbi tatkala parti itu masih belum 
pulih sepenuhnya daripada dilema kehilangan 18 daripada 28 kerusi yang 
ditanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. 
 
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan selaku Ahli Exco 
bukan saja memberi kejutan di kalangan pucuk pimpinan MIC Johor, malah 
dipersoalkan pada peringkat pusat. Difahamkan, beberapa kumpulan dalam MIC 
Johor dan pucuk pimpinan tertinggi parti melobi supaya jawatan itu diberi 
kepada ADUN Permas, M Munusamy, 59, yang juga Setiausaha MIC negeri. (M.7)  
 
http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=121507 

Kirim email ke