Projek Putatan Platinum Apartmen, Kota Kinabalu 
Aduan Rakyat, 8 Dis 2011 - Alasan yang diberikan SPNB bahawa kelewatan projek 
ini kerana permasalahan yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah berlainan 
daripada sumber yang saya perolehi iaitu kerana pembayaran yang tertangguh 
daripada pihak SPNB. 
 
Semestinya ia menyukarkan kontraktor sekiranya tiada pusingan modal setelah 
kerja yang mereka telah laksanakan tidak mendapat bayaran.(common-senselah).
 
Tempoh siap yang dijanjikan sepatutnya bulan Ogos 2011 terpaksa dilanjutkan 
lagi sehingga tahun depan iaitu bulan September 2012 memakan masa selama 
setahun.
 
Bagi pekerja bawahan seperti saya dengan hidup di bandaraya Kota Kinabalu yang 
mempunyai kos sara hidup yang tinggi adalah merugikan kerana sepatutnya saya 
membayar untuk tinggal dirumah sendiri bukannya tinggal di rumah sewa. 
 
Bayangkanlah saya terpaksa membayar sewa rumah selama setahun kerana sebaiknya 
saya membayar untuk rumah sendiri.
 
Untuk melaksanakan sesuatu projek perlulah ada perancangan yang cukup rapi 
daripada Pemaju kerana jika ianya dilaksanakan mengikut masa yang dijanjikan 
mereka akan mendapat pujian begitu juga sebaliknya. 
 
Bagi pihak SPNB yang berada diatas tanggungjawab mesti dipikul dan sekiranya 
anda GAGAL adalah baik berundur secara terhormat dan bagi laluan kepada mereka 
yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk menerajui SPNB.
 
Projek ini merangkumi 1,000 unit sekiranya didarapkan seorang seunit sejumlah 
5,000 orang merasa tertekan dan sakit hati kerana kelewatan ini. 
 
Sesuatu perlu dilakukan sebelum Pilihanraya ke-13 ini dan tentunya syarikat 
yang mewakili kerajaan menjadi penanda aras kepada pemilihan akan datang kerana 
syarikat tuan melambangkan kemampuan kerajaan di mata masyarakat. 
 
Saya berharap (bukan hanya saya tetapi semua pembeli) sesuatu yang drastik 
dapat dilakukan dalam masa terdekat ini dan kami akan sentiasa memantau keadaan 
ini samada ia berubah atau tidak.
 
Anda tidak akan merasai sukarnya apa yang kami hadapi sekarang melainkan anda 
berada di pihak kami dan merasainya sendiri!
 
Sekian terima kasih.
 
By: kb
 
Sumber : 
http://www.aduanrakyat.com.my/projek-putatan-platinum-apartmen-kota-kinabalu 
 
Blog projek perumahan terbengkalai seluruh Malaysia di 
http://terbengkalai.blogspot.com  

Kirim email ke