Menitis air mata membaca luahan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 
(Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau TESL) yang masih lagi 
menganggur. Yang pelik bin hairannya , macamana kerajaan Umno boleh ambil 300 
guru dari Amerika Syarikat untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia?
 
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. 
Menang sorak, kampung tergadai !
 
MELAKA 6 Mei 2011 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 
kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati Bahasa Inggeris dari 
Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran 
bahasa itu mulai tahun depan. Berita lanjut di 
http://amkns.blogspot.com/2011/11/1malaysia-guru-amerika-diutamakan-guru.html 
 
Graduan TESL masih menunggu
Berita Harian 9 Dis 2011 
 
SAYA ingin meminta pihak yang berkenaan supaya membuka mata dan mengambil berat 
mengenai masalah menimpa kami, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 
(Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua). 
 
Sudah enam tahun kami menghabiskan masa dan kudrat kami di Institut Pendidikan 
Guru (IPG) dan universiti demi mendapatkan segulung ijazah. 
 
Alhamdulillah, pada pertengahan 2011, kami berjaya menamatkan pengajian kami 
dan mendapat segulung ijazah yang kami idam-idamkan. Kami ditawarkan biasiswa 
Kementerian Pelajaran untuk mengambil ijazah TESL dalam program berkembar 
antara pihak IPG dan universiti. 
 
Malangnya, selepas menunggu lebih kurang lapan bulan, kami masih belum 
mengetahui status mengenai penempatan kami. Kami cuba untuk mengajukan soalan 
mengenai penempatan kami kepada Kementerian Pelajaran, tetapi setiap kali kami 
menghantar e-mel kepada kementerian, jawapan yang diberikan cukup mudah, “Tiada 
sebarang tarikh ditetapkan”. 
 
Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi 
mengeluarkan kenyataan meminta supaya 5,000 pelajar ISMP daripada IPTA supaya 
tidak menyangka mereka dianaktirikan kementerian. 
 
Sekiranya mereka yang mengambil ijazah di IPTA berasa mereka dianaktirikan, 
bagaimana pula dengan kami? 
 
Kami ditemuduga oleh kementerian dan kemudian diberi biasiswa untuk mengambil 
ijazah dalam bidang pendidikan. Bukannya kursus yang kami ambil ini baru 
diperkenalkan, tetapi sudah bertahun-tahun diperkenalkan. 
 
Kami berharap Kementerian Pelajaran dapat mengambil langkah yang sepatutnya 
untuk menyelesaikan masalah kami. 
 
GURU TESL, Cohort 4.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GraduanTESLmasihmenunggu/Article 

Kirim email ke