Elaun Guru GSTT ditarik  
Harakahdaily
 
Assalamualaikum wbt saudara editor,
 
Saya merupakan salah seorang guru sandaran terlatih yang telah berkhidmat 
selama 4 tahun.
 
Kerajaan telah mengumumkan pada bulan Mac yang lepas bahawa semua GSTT yang 
mencukupi syarat akan diserap dan diberikan kursus KPLI/DPLI/KDC bermula tahun 
2012. 
 
Berdasarkan kontrak lantikan saya sekarang (contract of services) kami dibayar 
gaji sebanyak RM1901.80, elaun bantuan sara hidup sebanyak RM300 dan elaun 
khidmat awam RM300.
 
Tetapi bermula minggu lepas, semua GSTT dipanggil mengikut PPD masing-masing 
untuk menukar status kami dari contract of services (cos) kepada contract for 
services (cfs).
 
Berdasarkan contact cfs gaji akan dibayar sebanyak RM2331dan tiada elaun lain.
 
Gaji GSTT cfs dibayar berdasarkan hari bekerja. 
 
Malang bagi kami, GSTT cos apabila dipanggil dan dipaksa menandatangani 
pertukaran kontrak dari cos kepada cfs dan terpaksa memulangkan semula 
perbezaan gaji yang kami telah terima dan caruman kwsp majikan kepada kerajaan 
bermula 11/10 dan gaji bulan disember akan dibayar mengikut hari bekerja.
 
Ini satu penganiayaan bagi kami. 
 
Di mana kami nak dapatkan wang untuk pulangkan semula wang tersebut sedangkan 
kami baru dimaklumkan mengenai pertukaran kontrak ini pada bulan Disember.
 
Walhal kami juga telah menerima surat tamat konrak berakhir 31 disember 2011 
berdasarkan contract of services. 
 
Apa beza kami GSTT dengan guru tetap? Beban kerja kami sama seperti guru-guru 
tetap yang lain. Adakah kami tiada hak untuk bercuti?
 
- Guru terainaya
 
Sumber : 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7023-elaun-guru-gstt-ditarik

Kirim email ke