Ini ada satu kisah benar yang berlaku semasa Hari Raya Idil Adha 1432 H 
baru-baru ini di Negeri Sembilan, tapi bukan di Gemas dan tidak melibatkan 
lembu NFC. Sahabat saya menceritakan ada satu taman perumahan, sebelum ini, 
setiap tahun program korban dianjurkan oleh surau di taman perumahan tersebut 
dengan menjemput imam masjid kariah setempat yang begitu dihormati dan amat 
merendah diri sebagai tukang sembelih.

Tapi pada tahun ini program ibadah korban di taman tersebut telah diambil alih 
oleh sebuah pertubuhan. Sebanyak 7 ekor lembu akan dikorbankan. Pengerusi yang 
menganjurkan program korban tersebut telah menjemput tukang sembelih dari luar 
kariah beberapa kilometer jauhnya untuk menyembelih.

Apabila kesemua 7 ekor lembu tersebut telah diikat dan ditumbangkan untuk 
disembelih , tukang sembelih tak muncul-muncul. Hari dah panas, lembu semua dan 
terikat, kalau lama lagi boleh terseksa, berbuih-buih mulut lembu ni, 
silap-silap mati terikat.

Dah lah yang tukang sembelih tak datang, pengerusi yang menguruskan program 
korban tersebut pun tak kelihatan semasa kekecohan tersebut.

Lalu wakil penduduk pun pergilah ke masjid kariah semula untuk mencari tukang 
sembelih. Imam masjid kariah tersebut tiada, mujur ada seorang hamba Allah 
sukarela untuk bantu menyembelih, kerana tidak mahu melihat lembu-lembu yang 
telah terikat tadi tersiksa, kerana ianya sudah menjadi amanah untuk disembelih 
lembu tadi. 

Lalu saya menceritakan pada sahabat saya kisah yang berlawanan dengan kisah 
diatas, juga pada Hari Raya Korban 1432H. Setelah selesai ibadah korban di satu 
surau, malamnya saya solat maghrib di satu surau lain, disebuah kampung, bukan 
di kawasan bandar atau taman perumahan.

Saya tanya ustaz di surau tersebut, berapa ekor korban tahun ini? Ustaz tadi 
dengan nada perlahan dan merendah diri kata 23 ekor. Terkejut saya dengar 
sebuah surau di kampung boleh korban sampai 23 ekor lembu. Saya tanya lagi hari 
ni berapa ekor. Ustaz kata hari ni 19 ekor, habis pukul 5 ptg tadi, esok lagi 4 
ekor.

Kemudian saya tanya berapa kos sebahagian peserta. Katanya tak silap saya 
RM257.60. Saya tanya kenapa sampai begitu sekali tak dibulatkan saja kosnya. 
Katanya memang dari dulu lagi mereka amalkan begitu. Dan memang ada yang beri 
kos yang tepat sampai ke sen.

Kata ustaz tadi , semasa arwah atoknya dulu pernah mencecah sampai 27 ekor. 
Begitu barakah sekali surau peninggalan seorang ulama di Negeri Sembilan ini.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah adalah yang 
terbaik. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke