Nampaknya Terowong SMART yang menelan kos berbilion ringgit tewas dengan hanya 
air hujan yang Allah turunkan dari langit. Banjir kilat yang melanda Kuala 
Lumpur semalam membuktikan kebesaran Allah swt dan kelemahan semua manusia. 
 
Ribuan kenderaan terperangkap 
14 Dis 2011 
 
KUALA LUMPUR - Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk manakala 
berpuluh yang lain 'tersangkut' dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di 
Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara di sini semalam.
 
Kejadian yang berlaku pada pukul 4.40 petang itu telah menyebabkan aliran 
trafik terhenti sepenuhnya di Bulatan Pahang menuju ke semua arah.
 
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, julat hujan 
kira-kira 5 milimiter yang berlaku petang semalam menjadi punca utama 
berlakunya banjir kilat itu.
 
Katanya, kuantiti air hujan yang banyak menyebabkan sistem saliran air di 
kawasan berkenaan tidak mampu menampung jumlah air tersebut sehingga ia 
melimpah dan berlaku banjir kilat.
 
"Berikutan banjir kilat itu, orang ramai dari kedua-dua arah yang tersangkut 
akibat banjir itu diberi laluan alternatif iaitu Jalan Ipoh bagi mengurangkan 
kesesakan di Jalan Tun Razak.
 
"Polis trafik dan petugas DBKL turut bekerjasama bagi mengawal lalu lintas yang 
sesak akibat banjir berkenaan," katanya.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 

Kirim email ke