UM 14 Dis 2011 
 
SAYA menetap di Kampung Sungai Dua, Gemencheh, Negeri Sembilan sejak tahun 2009 
setelah bertugas hampir 10 tahun di Pasir Gudang Johor.
 
Masalah utama yang ingin saya utarakan ialah gangguan bekalan air yang tidak 
pernah putus sepanjang saya menetap di Kampung Sungai Dua. Dalam sebulan paling 
kurang tiga hingga empat kali gangguan bekalan air pasti berlaku. Ini agak 
menyusahkan bagi saya yang mempunyai anak kecil. 
 
Saya difahamkan oleh wakil Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), semasa 
mesyurat JKKK bersama agensi kerajaan bahawa paip pair di sepanjang laluan 
Tampin Gemas sudah agak lama dan perlu diganti. Bagaimanapun pihak Sains tidak 
mempunyai cukup peruntukan.
 
Saya sebenarnya sudah penat hendak melaporkan mengenai gangguan bekalan air 
yang berlaku di kawasan saya ini. Mungkin bagi sesetengah orang gangguan 
bekalan air ini adalah perkara remeh, tetapi bukan saya.
 
Perkara ini sudah berlanjutan agak lama. Saya sangat berharap pihak Sains akan 
mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. 
 
ZULKEFLI OMAR
Gemenceh, Negeri Sembilan
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
 
 
Perbicaraan isu mengenai masalah bekalan air di Negeri Sembilan sebelum ini di 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html 

Kirim email ke