Keterlibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam 2 kes rompakan pada tahun ini amat menggusarkan orang ramai. Pada bulan Ogos 2011 yang lalu seorang tentera berpangkat Staf Sarjan telah ditembak mati oleh polis dalam satu kes rompakan sebuah kafe siber di Kuala Lumpur yang turut melibatkan 4 anggota tentera yang lain. Awal minggu ini negara dikejutkan lagi dengan satu kes rompakan sebuah bank yang menggunakan senapang otomatik Steyr milik ATM. 2 insiden ini benar-benar telah mencalar imej ATM serta mendatangkan keraguan orang ramai terhadap kredibiliti dan integriti ATM serta Kementerian Pertahanan. Styer milik pegawai ATM diguna merompak Utusan Malaysia 17 Dis 2011 KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan senjata yang digunakan seorang lelaki yang mati ditembak ketika cuba merompak sebuah bank di Taman Muda, Ampang pada Selasa lalu adalah milik seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Difahamkan, siasatan pada nombor siri senjata jenis Styer yang digunakan suspek berusia 30-an itu adalah milik seorang pegawai tentera yang bertugas di sebuah kem di Kedah, yang juga salah seorang ahli keluarga suspek. Bagaimanapun, Ismail ketika ditanya enggan mengulas lanjut kerana kes itu itu masih dalam siasatan. "Walaupun suspek telah ditembak mati, kes ini belum lagi kerana siasatan kini menjurus kepada siapa lagi yang berkait dalam jenayah tersebut. "Senjata itu disahkan milik seorang pegawai tentera dan kita telah melakukan tindakan susulan dengan merujuk kepada ATM," katanya selepas Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. Selasa lalu, seorang perompak bersenjatakan senjata api mati ditembak ketika cuba melarikan wang RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda. Suspek ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bersembunyi di belakang kaunter dari jarak 50 meter. Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin dalam pada sidang akhbar berasingan berkata, polis telah merakam keterangan 46 saksi dan menahan seorang lelaki berhubung penemuan senjata api itu. Antara yang dirakam keterangan adalah pegawai dan anggota ATM malah turut diambil keterangan adalah kakitangan bank berkenaan serta orang awam. "Seorang lelaki telah ditahan reman sehingga 20 Disember depan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 bagi membantu siasatan. "Siasatan juga masih dijalankan bagi mengesan bagaimana suspek boleh memperoleh senjata berkenaan," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini. Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan kes berkenaan. Katanya, tindakan undang-undang tentera akan tetap dilakukan jika pegawai berkenaan disabitkan bersalah menyebabkan senjata berkenaan jatuh ke tangan orang awam. "PDRM telah berhubung dengan kami dan kami sendiri telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta menyalurkan kesemua maklumat yang diperlukan. "Kes ini diserahkan sepenuhnya kepada polis berdasarkan perundangan negara untuk menyiasat bagaimana suspek terbabit memperoleh senjata berkenaan daripada daripada seseorang (anggota tentera). "Malah kementerian sendiri akan mengambil tindakan kepada orang berkenaan (pemilik senjata) berdasarkan kepada undang-undang tentera dan awam," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat, Ray Mabus. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm Cybercafes easy targets for robbers, say cops Wednesday, August 24th, 2011 KUALA LUMPUR: Robberies at Internet cafés have been on the rise and police say this is mainly because of lack of security at such outlets which are also cash cows. Brickfields police chief ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (pic) urged cybercafe operators to invest in security or risk being robbed frequently. "Installing closed-circuit television could act as a deterrent and the cybercafe operators should also hire security guards," he said. "Robbers are attracted to cybercafes because there is constant cash flow and they can also easily intimidate the female staff there." Wan Bari also urged the cybercafe operators to co-operate with the police. "Last Wednesday at 4pm, we received a tip-off on parangwielding robbers at a cybercafe at Jalan Lazat in Sri Petaling," he said. "When our officers arrived, the three robbers were still inside. We surrounded all the entrances and the robbers had no choice but to surrender." During the incident, the robbers ordered the outlet assistant, a 17-year-old boy, to stuff the cash into a bag. There were some customers at the time but they could not do anything. "After questioning the three suspects, we arrested another two suspects a few hours later, also in Sri Petaling, and seized a Proton Satria. We believe this gang was responsible for up to 20 robberies at cybercafes and other outlets in Brickfields and other areas under our jurisdiction." All five suspects, aged between 20 to 35 years, were from Subang, and their leader and mastermind was the 35-year-old who was found to have seven previous criminal records, including for armed robbery, causing grievious hurt, snatch thefts and drugs. "We are looking for a sixth suspect connected to this gang," said Wan Bari. Last Sunday morning, two robbers struck at a cybercafe in Jalan Besar, Kampung Baru Sungai Buloh. Using a Glock pistol and sickle, they stormed the cashier but they were in for a shock as there were two police officers conducting a raid there. The robbers refused to surrender and the Glock-carrying gunman fired several shots. Police returned fire, killing one suspect (an army staff sergeant) and injured his accomplice (a ranger). Subsequently, police arrested three more suspects who turned out to be army personnel as well. http://www.mmail.com.my/content/81007-cybercafes-easy-targets-robbers-say-cops

