Sudut Hijau Muslimat (SUHIM)  atau “Muslimah Green Corner (MGC)” yang terletak 
bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi di Taman Tasik Jaya , Senawang 
telah didirikan hasil gotong royong masyarakat setempat serta derma dari orang 
ramai. Tujuan SUHIM atau MGC adalah merupakan pusat mini setempat untuk 
pengumpulan produk usahawan serta jualan amal barangan terpakai untuk 
memperkemaskan aktiviti sosio masyarakat setempat khususnya yang melibatkan 
wanita antaranya wanita warga emas, wanita lain upaya, ibu tunggal, ibu tinggal 
serta mereka yang memerlukan.
 
Sehubungan dengan itu SUHIM menjemput orang ramai untuk hadir di program Hari 
Terbuka pada hari Ahad 25 Disember 2011 bermula jam 8.30 pagi dimana antara 
acara yang akan diadakan pada hari tersebut ialah jualan amal barangan 
terpakai, promosi produk usahawan serta khidmat kesihatan asas percuma.
 
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut perjalanan SUHIM ini serta 
Hari Terbuka SUHIM bolehlah menghubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Fauziah 
0137779328.
 
Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Dewan Muslimat 
Kawasan Rembau di BANK ISLAM dengan No. Akaun: 05-012-01-006165-3
 
Premis SUHIM terletak di No 22 , Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, 
Senawang, Seremban , N.Sembilan

Kirim email ke