Pada awal Disember 2011 seorang lelaki telah meninggal dunia akibat dipanah 
petir ketika melakukan kerja di projek landasan keretapi berkembar di Rembau. 
Seorang penduduk menggesa supaya ada pihak yang mengkaji serta menyediakan 
pelan tindakan untuk mengurangkan risiko panahan petir yang boleh membawa 
kepada kemusnahan nyawa dan harta benda. Apakah apabila landasan keretapi 
elektrik berkembar beroperasi kelak akan menaikkan lagi kadar panahan petir di 
Rembau?

Saya juga berpendapat selain pendekatan sains, kita juga seharusnya menggunakan 
pendekatan Islam serta mendekati golongan ulamak agar mereka memberi pandangan 
terhadap punca kenaikan kadar panahan petir ini serta langkah yang perlu 
diambil.

Saya telah mengumpulkan berita dan kejadian kemalangan akibat petir sekitar 
Malaysia di  http://kilatmalaysia.blogspot.com 

Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan 
ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan 
bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, 
dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang 
Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah 
sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 
        
Lokasi sering disambar petir
Sinar Harian 17 Dis 2011 

REMBAU – Penduduk dari Kampung Ara, di sini, memohon pihak berkaitan supaya 
dapat mengkaji kawasan yang sering disambar petir berikutan ia berdekatan 
kediaman sekali gus bagi mengelak ancaman terhadap keselamatan dan nyawa 
penduduk di situ.

Kebimbangan itu susulan kejadian buruh maut dipanah petir ketika kerja-kerja 
membina jambatan berhampiran landasan kereta api berkembar di kampung 
berkenaan, kira-kira jam 4.00 petang, 4 Disember lalu.

Menurut Azman Ahmad, 41, kediaman keluarganya terletak betul-betul berhampiran 
jambatan berkenaan.

Katanya, ketika kejadian buruh maut dipanah petir itu berlaku, dia berada di 
rumah bapanya.

“Kawasan ini boleh dikatakan ‘kawasan petir’ kerana ia sering disambar petir 
kuat sehingga bapa saya pernah menceritakan tembok konkrit pintu pagar rumah 
dan cermin peti surat pecah dipanah petir tahun lalu.

“Jika sebelum ini, masih belum terdapat kes membabitkan kehilangan nyawa 
penduduk, namun kejadian ini (buruh maut dipanah petir) benar-benar 
membimbangkan saya sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, dia berharap supaya pihak berkaitan dapat 
mengkaji kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara buruk berulang kembali.

Malahan, dia turut berharap aliran elektrik berarus tinggi bagi landasan kereta 
api berkembar itu dikaji supaya tidak menambah risiko kejadian panahan petir di 
perkampungan berkenaan.

“Saya sangat berharap kajian dapat dilaksanakan di kawasan ini bagi mengelak 
perkara buruk berulang selain bagi menyelamatkan nyawa penduduk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lokasi-sering-disambar-petir-1.13058
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke