Dalam masa 5 bulan lagi Indonesia akan mempunyai kapal perang canggih halimunan 
yang sukar dikesan oleh radar serta mempunyai peluru berpandu yang boleh 
menembak sasaran dengan tepat sejauh 120 km yang diperbuat dari gentian fiber. 
Kapal perang ini dibuat di Indonesia untuk pasaran tempatan dan eksport. Kos 
kapal perang halimunan ini hanya RM 39 juta sebuah. Dalam pada masa yang sama 
Malaysia akan buat 6 kapal perang baru pada kos RM1.5 bilion sebuah. 
 
Ini bermakna 1 kapal perang Malaysia , boleh buat 38 buah kapal perang 
halimunan Indonesia.
 
Sebelum ini juga Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 
bilion atau RM30 juta sebuah. Sedangkan Malaysia boleh beli kereta perisai baru 
dari Indonesia pada harga RM3 juta sebuah. Maklumat lanjut isu kereta perisai 
ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/11/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html 
 
Indonesia segera miliki kapal perang canggih "Trimaran"
 
Tuesday, December 20, 2011
Kapal Trimaran TNI AL Selesai Lima Bulan Mendatang 
 
BANYUWANGI - Indonesia segera memiliki satu kapal perang canggih berpeluru 
kendali "Trimaran" yang merupakan produk dalam negeri.
 
"Kapal ini terbuat dari serat karbon, dengan kecepatan 35 knot dan 
dipersenjatai peluru kendali yang memiliki jarak tembak 120 kilometer," kata 
Wakil Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin usai meninjau industri kapal dalam 
negeri PT Lundin Industry Invest di Banyuwangi, Jawa Timur, Selasa (20/12).
 
Ia mengatakan, dalam lima bulan mendatang kapal perang canggih yang merupakan 
prototipe itu langsung bisa dioperasionalkan memperkuat jajaran armada tempur 
TNI Angkatan Laut.
 
"TNI Angkatan Laut memesan empat unit kapal, dan dalam lima bulan mendatang 
sudah jadi satu kapal perang `Trimaran`, sedangkan tiga unit lainnya akan 
segera dibangun secara bertahap hingga 2014," kata Sjafrie menambahkan.
 
Satu unit kapal "Trimaran" dihargai sekitar Rp114 miliar (RM 39.7 juta) yang 
diambil dari APBN 2011.
 
"Jika proyek pengadaan ini berhasil maka ini merupakan sejarah bagi Indonesia 
karena telah berhasil membuat kapal perang dengan komposit serat karbon, dan 
ini akan dipatenkan dan diekspor ke luar negeri," kata Sjafrie.
 
Direktur PT Lundin Industry Invest, John Lundin, mengatakan pihaknya telah 
melakukan ujicoba terhadap kapal dengan panjang sekitar 62,52meter tersebut.
 
"Ini merupakan kapal `Trimaran` pertama yang dibuat dari serat karbon. Amerika 
pernah membuat kapal sejenis dengan panjang 120 meter namun dari bahan 
alumunium atau baja.
 
Komposit serat karbon juga telah digunakan untuk pembuatan pesawat airbus 
Boeing-777 dan mobil formula 1. Ketahanannya 20 kali lebih kuat dibandingkan 
baja.
 
Kapal cepat berpeluru kendali itu memiliki panjang keseluruhan 62,53 meter, 
panjang "water line", 50,77 meter panjang "water draft" 1,17 meter, bobot mati 
53,1 GT, kecepatan maksimum 30 knot, kecepatan jelajah 16 knot, dengan mesin 
utama 4X marine engines MAN nominal 1.800 PK.
 
Sumber : 
http://alutsista.blogspot.com/2011/12/kapal-trimaran-tni-al-selesai-lima.html 
 
Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b? 
Dis 18, 2011  
 
DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus 
atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 
bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.
 
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal 
Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru 
itu amat mengejutkan.
 
"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500 juta, 
sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.
 
Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu 
dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.
 
Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah 
dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.
 
Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan 
berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk 
membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.
 
Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran 
oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang 
dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".
 
Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan 
selepas itu.
 
http://www.malaysiakini.com/news/184424 

Kirim email ke