Nampaknya negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital, klinik dan 
doktor khusus untuk merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit 
mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun 
dengan begitu sedikit pakar sakit jiwa seluruh Malaysia hanya ada 233 orang 
pakar sakit jiwa.

Saya sendiri pernah dihubungi oleh pembaca blog saya yang tidak tahu lagi ke 
mana hendak diluahkan perasaan kerana mempunyai ahli keluarga yang sakit mental 
yang boleh membahayakan keluarga dan penduduk setempat. Hospital, penjara tidak 
mahu menerima mereka yang sebegini seperti dilaporkan sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html 

Peristiwa di bawah ini saya yakin bukan yang pertama dan terakhir yang berlaku 
di negara kita. Akan ada lagi peristiwa di bawah ini sekiranya pemerintah 
negara dan rakyat tidak mengambil serius untuk menangani masalah ini, antaranya 
pembinaan lebih banyak hospital dan klinik pesakit mental serta menambah 
bilangan doktor yang pakar dalam bidang ini.

**********  
Lelaki mengamuk, nenek cedera
Utusan Malaysia 21 Dis 2011 

Orang ramai melawat Hasipah Ngah Kassim yang cedera selepas menjadi mangsa amuk 
di Teluk Intan, Perak, semalam.

TELUK INTAN 20 Dis. – Seorang nenek berusia 81 tahun menempuh saat-saat paling 
mencemaskan dalam hidupnya apabila dibelasah seorang lelaki dalam satu kejadian 
amuk di Kampung Tersusun Alor Bakong, Langkap di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, warga emas, Hasipah Ngah Kassim dicekik, 
diheret dan dipijak sebelum kepalanya dipukul serta dihantukkan ke dinding oleh 
lelaki dipercayai kurang siuman yang tiba-tiba memasuki rumahnya.

Ekoran kejadian itu, Hasipah yang mengalami cedera di leher, kepala serta lebam 
di seluruh badan, dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan, di sini.

Keadaan warga emas itu, bagaimanapun kini dilaporkan stabil tetapi masih trauma 
ekoran kejadian tersebut.

Cucu mangsa, Mohd. Izwan, 12, yang menyedari kejadian itu memberitahu, insiden 
berlaku ketika neneknya itu baru selesai menunaikan solat di salah sebuah bilik 
di rumah mereka.

“Tiba-tiba saya terdengar suara nenek menjerit-jerit kesakitan dan saya 
bergegas cuba menyelamatkan nenek tetapi lelaki itu memukul dan mengugut 
membunuh saya jika masuk campur.

“Saya kemudian meminta pertolongan jiran-jiran yang akhirnya dapat 
menyelamatkan nenek yang terkulai kesakitan di lantai,” katanya ketika ditemui 
di rumahnya di sini, hari ini.

Penduduk, Roshaidah Shamsudin, 33, memberitahu, lelaki kurang siuman itu sering 
menakut-nakutkan penduduk yang mengamuk secara tiba-tiba tanpa mengira siang 
atau malam.

Malah, dia mendakwa, lelaki tersebut yang selalu dilihat membawa parang, pernah 
cuba menikam anak saudaranya sendiri selepas didapati cuba memasuki rumah untuk 
mencuri.

“Kita harap, pihak berkuasa segera mengambil tindakan. Kita tidak mahu 
peristiwa berdarah di Taman Mawar Langkap pada 2009 melibatkan seorang lelaki 
yang menetak mati isterinya ketika bersahur akan berulang di kampung ini,” 
katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supritendan Muhammad Zaki Harun ketika 
mengesahkan kejadian itu berkata, suspek yang dikenali sebagai Zali Abdullah, 
32, kini ditahan untuk membantu siasatan.

“Buat masa ini, kita dimaklumkan suspek menghidap penyakit mental, tetapi 
siasatan masih dijalankan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke