Dari laman web Aduan Rakyat Online - 4 Jan 2012 .
Saya merupakan salah seorang ahli keluarga yang agak terkilan dengan sistem 
pengambilan dan pengurusan pihak yang berkenaan. Antara permasalahan yang 
ketara saya lihat adalah seperti berikut:
 
Alamat surat menyurat segelintir peserta tidak di uruskan dengan betul, di mana 
kelewatan menuntut surat yang di ajukan. 
 
Impak nya peserta berkemungkinan tidak mempunyai masa untuk menyediakan segala 
keperluan yang di perlukan oleh pihak penganjur. Diharapkan pihak berkenaan 
mengambil serius tentang perihal sebegini. 
 
Sekiranya peserta tidak dapat menghadirkan diri jangan menyalahkan mereka 100%. 
Ini kerana berkemungkinan peserta tidak mendapat surat tawaran tepat pada 
waktunya. 
 
Permasalahan ini akan lebih sukar sekiranya ia nya berlaku kepada peserta 
berada di luar bandar dan kurang kemampuan dari aspek kewangan. 
 
Syarat-syarat untuk memberi pelepasan cuti kepada peserta di mana saya di 
maklumkan bahawa Ibu Bapa/ Penjaga peserta perlu datang ke kem latihan PLKN di 
mana anak-anak mereka di tempatkan hanya sekadar untuk menandatangani borang 
cuti. Adakah itu sangat perlu? 
 
Tidakkah pihak penganjur memikirkan kesulitan yang ibu bapa/penjaga alami untuk 
menuju ke tempat tersebut (Sekiranya ia nya jauh) dan aspek masa tidak 
mengizinkan? 
 
Disini saya sarankan pihak penganjur haruslah mengambil ikthiar lain. Ini 
kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk melaksanakan syarat-syarat yang di 
kemukakan. 
 
Kenapa tidak hubungi ibu bapa/penjaga peserta melalui telefon untuk memastikan 
kebenaran/bukti yang ibu bapa/penjaga peserta telah memberi persetujuan. 
 
Misal kata peserta gagal untuk menghadirkan diri ke latihan khidmat negara yang 
di anjurkan, di mana saya di fahamkan akan di kenakan tindakan oleh pihak PLKN. 
 
Renungkan di sini, adakah ianya merupakan 100% kesalahan peserta jika alamat 
surat menyurat tersesat ke tempat lain dan tidak dapat di jejaki? 
 
Kenapa pihak penganjur tidak menghantar surat tawaran tersebut terus sahaja ke 
alamat sekolah terakhir peserta sahaja agar lebih senang di cari dan 
pengurusannya lebih cepat?
 
Saya merayu kepada pihak penganjur agar lebih meneliti segala permasalahan yang 
saya kemukakan ini. Ini kerana ianya akan menambahkan lagi kesulitan untuk 
peserta menyertai program latihan yang sememangnya berfaedah untuk anak muda 
masyarakat kita di mana mereka merupakan pemangkin kepada pembangunan negara. 
 
Masalah ini akan lebih jelas, terutama sekali mereka yang berada di luar 
bandar, keluarga yang kurang kemampuan dari aspek kewangan, ibu bapa yang buta 
huruf, keluarga yang tidak mempunyai masa menguruskan hal. 
 
Permaslahan ini akan membebankan kedua-dua belah pihak.
 
Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih atas perhatian pihak tuan/puan ke 
atas aduan saya ini. Di harapkan pihak tuan/puan yang berkenaan mengambil 
serius akan aduan yang saya kemukakan ini.
 
By: WGCH
 
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/perbaiki-sistem-pengurusan-plkn 

Kirim email ke