Pelajar kejuruteraan Indonesia hasil
kereta di bengkel
Kosmo , 7 Jan 2011 
SOLO - Kereta prototaip buatan
pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan
menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini
yang mahu membelinya.
"Sepuluh buah kereta Kiat Esemka
dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik
bengkel tersebut, Sukiyat.
Model pertama dikeluarkan pada 2009
tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah
membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat.
Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan
minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat
duduk dan empat tempat duduk.
Kereta tersebut mendapat pujian
Presiden Susilo bambang Yudhoyono.
Menurut Sukiyat: "Buat masa ini,
ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah
kereta."
Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu
dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di
antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718). 
Kereta itu dikeluarkan sebagai satu
latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum
bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
 

Kirim email ke