Pada 6 Januari 2012 saya bercuti atas urusan keluarga di Rembau. Saya solat 
Jumaat di Masjid Kariah Kg. Bongek, Rembau. Khatib pada hari berkenaan ialah 
sahabat arwah ayah saya, yang kini menjadi sahabat saya iaitu Tuan Hj Hamdan, 
atau lebih selesa dipanggil Cikgu Hamdan, anak kepada seorang ulama terkenal 
iaitu Tuan Hj Mohd Yatim dimana terdapat sekolah menengah agama di Gadong atas 
nama Hj Mohd Yatim ini.

Teks khutbah disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Tajuk 
khutbah ialah “PERTAHAN AQIDAH UMMAH”

Apa yang menarik perhatian saya ialah petikan berikut dalam khutbah tersebut : 
“Kalimah suci ALLAH bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'tuhan' walau apapun 
bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut 
bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bungkusan, 
TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS (sengaja saya huruf besarkan). Allah adalah nama 
khas, Tuhan Yang Maha Suci - Tuhan Yang Maha Agung.”

Teks khutbah ini dibaca diseluruh Negeri Sembilan semalam. Saya yakin 
askar-askar kita di Kem Rasah, di PUSASDA dari Prebet hingga ke Jeneral dengar 
khutbah tersebut. Melainkan jika mereka tidur. Saya juga yakin Ketua Polis 
Negeri hinggalah ke Konstabel dengar khutbah tersebut di Masjid Negeri , 
Seremban (jika mereka solat di sana).

Teks khutbah ini bukan Ustaz Norazman Mohamad yang tulis, tapi dari Jabatan 
Mufti Negeri Sembilan.

Berapa ramai, berapa ribu, mungkin ratusan ribu askar, polis, bomba dan 
sebagainya di seluruh Malaysia yang ada lambang ALLAH dan MUHAMMAD dalam 
tulisan jawi pada pakaian seragam mereka. 

Adakah askar kita, polis kita tidak “PERTAHAN AQIDAH UMMAH” selaras dengan 
tajuk Teks Khutbah tersebut?

Sila baca artikel saya sebelum ini bertajuk : “Jeneral kita masuk tandas pakai 
kalimah Allah” di 
http://waghih.blogspot.com/2011/10/jeneral-kita-masuk-tandas-pakai-kalimah.html 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke