Baru-baru ini saya bersama ibu menziarahi makcik di Lubuk Cina, Rembau. Dalam perbualan makcik saya, salah satu topik dia menceritakan mengenai buat sedekah untuk beri pahala kepada mereka yang meninggal dunia. Kata makcik saya, apa yang arwah ayah saya suka minum dan makan. Kalau arwah ayah suka minum kopi dan sebagainya. Belikan barang-barang tadi dan berikan kepada orang yang memerlukan niat sedekah untuk arwah ayah. Itu lebih mudah katanya, jika tidak berkemampuan untuk membuat kenduri tahlil arwah dan sebagainya.
Semalam saya balik kampung di Bongek, Rembau. Pergilah sarapan di sebuah kedai berhampiran. Kedai tersebut, kedai kegemaran arwah ayah saya. Dia akan beli bungkus bawa balik makan dengan emak. Penuh kedai tersebut dari pelbagai lapisan orang setempat. Lalu saya berjumpa kakak yang empunya kedai, saya beritahu pada dia, ini hari Jumaat, saya minta dia kirakan semua yang sedang makan, untuk niat hadiah, sedekah untuk arwah ayah saya. Kira punya kira , untuk 5 meja penuh baru RM48.50. Dalam hati saya kata, senangnya buat kenduri arwah cara macam ni. Jadi kalau kita nak beri sedekah, beri makan, beri hadiah untuk arwah ayah atau ibu kita atau sesiapa sahaja di alam kubur, boleh buat bila-bila masa. Tak perlu tunggu cukup duit , pasang khemah buat kenduri tahlil arwah. Teragaknya ingat arwah orang tua kita, bila sarapan tu, bayarlah untuk berapa meja yang kita mampu. Kalau pergi kedai runcit beli sekampit beras 5 kilo, kopi, gula, susu, beri pada jiran atau sanak saudara yang memerlukan. Tadi lepas zuhur saya pun tanyalah Ustaz Dato Arshad apa yang saya lakukan tadi. Dato Arshad kata, elok sangatlah tu. Seronok pula balik kampung rasanya. Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

