KOMEN SAYA SELEPAS ARTIKEL DI BAWAH

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/7178-politik-islam-ada-feqahnya
Disiarkan dalam Harakah Bil.1702 (26-29 Disember 2011) m/s F12


Politik Islam ada feqahnya       
Tuan Guru Abdul Hadi Awang   

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta 
masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang 
sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:

Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. 
Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan 
memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila 
kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). 
(At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya 
dijadikannya faqeh (faham) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua­dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang 
berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai 
disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan 
ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam 
masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam 
perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar 
dengan faqeh (faham). 

Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan 
sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu 
dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. 
Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. 
Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din 
atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan 
Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran 
Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara 
hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. 
Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian 
yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) 
bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat 
awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan 
merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan 
atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik 
yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  
telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan 
pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan 
Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci 
kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat 
Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan 
Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan 
kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. 

Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya 
berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam 
disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh 
manusia  juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan 
istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga 
meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak 
ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan 
sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para 
sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, 
bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) 
menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, 
(iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, 
sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) 
dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah 
berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah 
tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap 
Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana 
kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar 
kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan 
jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para 
sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud 
dengan firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud:

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila 
engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, 
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada 
keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau 
pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara 
bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu 
berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan 
secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait 
dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 
mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut 
perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. 
Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya 
yang tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura 
Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam 
menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. 
Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan 
tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak 
ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan: kerajaan, 
pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan 
amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan 
dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam 
menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama 
lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai 
matlamatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan 
Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa 
lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS 
dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah 
sifatnya  perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan 
bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam 
PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa 
menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan 
yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti 
tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya 
paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah 
dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan 
Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh 
Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, 
laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan 
yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan 
perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia. Sesiapa 
yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara 
perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya 
berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Khadam Perjuangan Islam

Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS



___________________________________________________________________




QUOTE:
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik 
yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  
telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan 
pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan 
Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci 
kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.


KOMEN:

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah s.a.w TIDAK MENGGUNAKAN 
JALAN PINTAS. Gua Thur tempat baginda bersembunyi kedudukannya di selatan 
Makkah sedangkan kedudukan Madinah pula adalah di utara Makkah. Ini bermaksud 
Rasulullah sebenarnya berundur ke belakang menjauhi Madinah terlebih dahulu. 

Ini dinamakan strategi. Dan strategi Rasulullah ketika itu BUKAN PAKAI JALAN 
PINTAS. Rasulullah bersembunyi selama tiga hari di dalam gua Thur sebelum 
bergerak ke Madinah pada hari yang kelima. Rasulullah tidak terus pergi ke 
Madinah walaupun secara logik akal Baginda akan sampai segera ke sana jika 
Baginda terus pergi dan tidak melencong ke tempat lain. Dan strategi Rasulullah 
ternyata berkesan dan 'pelaburan' masa yang Rasulullah buat amat berbaloi!

Adakah Presiden PAS mahu menyamakan DAP dengan Abdullah bin Uraiqid orang bukan 
Islam yang membantu Rasulullah ketika peristiwa Hijrah? Di manakah 
persamaannya? Selama menjalankan kerjasama dengan DAP bukankah PAS yang banyak 
tunduk pada tuntutan-tuntutan DAP yang banyak menjejaskan kredibiliti PAS dan 
bukan sebaliknya. Or, does he want to make the greatest joke of the century??


QUOTE:

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu 
berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan 
secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait 
dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 
mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut 
perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. 
Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya 
yang tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura 
Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam 
menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. 
Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan 
tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak 
ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan: kerajaan, 
pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan 
amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan 
dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam 
menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama 
lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.


KOMEN:

Tahalluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana gerakan Islam memilih 
untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea 
tahalluf siasi dikemukakan oleh Sayid Muhammad Rashid Ridha "Kita bekerjasama 
dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak 
disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Hasan al-Banna 
dalam mengembangkan dakwah di Mesir.

Tahalluf siasi yang dibenarkan syarak adalah kerjasama yang tidak menggadaikan 
prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan 
perundangan termasuklah hudud. Dalilnya, Nabi s.a.w banyak membuat pakatan 
kerjasama dengan Bani-bani Arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam 
menghadapi ancaman berterusan daripada musyrikin Quraisy.

Di bawah adalah kenyataan bersama Pakatan Rakyat ketika isu perlaksanaan hudud 
menjadi perbincangan hangat beberapa bulan lepas. Adakah Majlis Syura Ulama PAS 
masih mahu mengiktiraf kerjasama politik PAS dengan PKR dan DAP sebagai 
tahalluf  siasi?


KENYATAAN PENUH PAKATAN RAKYAT

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar 
bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam 
Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan 
daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani 
kos kehidupan yang semakin menekan. 

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam 
Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk  pendirian PAS 
berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 
dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat 
Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam 
perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret 
dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan 
kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan 
kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik 
parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk 
membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan 
berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik 
(Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan 
(Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum 
(Public Good) untuk semua rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang


Adakah ahli-ahli Pas tidak menyedari adanya pemimpin-pemimpin PAS yang 
bersetuju untuk akur kepada permintaan DAP agar hudud tidak dilaksanakan jika 
ditakdirkan Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan? Mereka ini apabila 
berhadapan dengan anggota-anggota PAS lain pula yang diucapkannya; ahli-ahli 
PAS dijanjikan bahawa hudud kekal menjadi antara dasar perjuangan Pas. Mereka 
dimaklumkan tahalluf siasi atau kerjasama politik dengan DAP dan PKR adalah 
sekadar strategi tanpa menjejaskan dasar perjuangan Pas. "Strategi untuk 
menjayakan dasar". Persoalannya, adakah ahli-ahli PAS sudah lupa label yang 
Rasulullah berikan kepada golongan seperti ini yang lidahnya bercabang dua; di 
hadapan orang kafir lain yang dikata dan di hadapan orang Islam pula yang 
dikata adalah sebaliknya. Senang sangat mereka ini tertipu dan ditipu. Adakah 
taksub kepada pemimpin menjadi salah satu puncanya? Dan hal inilah antara 
perkara di dalam PAS yang tidak disenangi oleh Dr.Hassan
 Ali.  

Anyway, the eyes won't see what the brain doesn't know..


Wallahua'lam.


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke