Jan 8, 2012 / Keadilan Daily
PULAU PINANG: Fayyadh Afiq Albakqry,
pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum
dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.
Fayyad dipercayai diserang menerusi
suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah
kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .
Mangsa dikatakan ada meminta ais
daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa
kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan
itu.
"Masa nak masuk sini, dia (Fayyad)
dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar
tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter.
Beliau juga memetik sumber dikenali
sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan
keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.
Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi
akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih
2.0.
Semakan melalui akuan blog mikro itu
mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah
bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki
disasarkan kepada Wan Azizah.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda
KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan
sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas
dan gagal digerakkan.
"Doktor sedang membuat ujian darah
dan air kencing utk pastikan jenis racun," katanya melalui
twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.
http://keadilandaily.com/mobile/?post=25268 

Kirim email ke