Wakil rakyat di DUN Paroi, Negeri Sembilan adalah dari PAS, iaitu YB Tn Hj 
Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan. Kalau 
DUN lain di N.Sembilan ini nak jadikan Menteri Besar sebagai Bapa Angkat 
mereka, ada 3 Pusat Khidmat Masyarakat BN dalam DUN tersebut, dapat 3 kali 
Jamuan Raya bersama Menteri Besar dalam satu minggu, pilihlah wakil rakyat dari 
Pakatan Rakyat dalam Pilihranya Umum ke 13 nanti.
 
Kalau tak percaya baca sendiri sedutan berita di bawah ini. MB sebagai Bapa 
Angkat DUN Paroi, 3 Jamuan Raya dalam seminggu di DUN Paroi dan 3 Pusat Khidmat 
Masyarakat BN di DUN Paroi.  
 
Untung betul khidmat katering, khidmat khemah serta kanopi, khidmat PA sistem 
dan lain-lain perniagaan di DUN Paroi ini bila banyak jamuan raya di sini.
 
Bak kata P. Ramlee dalam filem 3 Abdul, “Jangan Marah”.
 
20 SEPT. 2011
 
Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan berucap di Program 
Pemimpin Bersama Rakyat dan sambutan Merdeka Raya di Taman Satria, Senawang 
yang berlangsung semalam dengan mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 
10,000 orang datang dan dari pelbagai bangsa serta lapisan.
 
http://n9kini.com/20-sept-2011-menteri-besar-yab-dato%E2%80%99-seri-utama-hj-mohamad-hj-hasan-berucap-di-program-pemimpin-bersama-rakyat-dan-sambutan-merdeka-raya-di-taman-satria-senawang-yang-berlangsung-semala/
 
 
September 21, 2011 
 
SENAWANG, 20 September – Penduduk DUN Paroi hari ini seolah olah bangkit bagi 
membuktikan bahawa mereka sudah bersedia memberi semula kawasan DUN Paroi ke 
atas pentadbiran Barisan Nasional.  ‘Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta 
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat DUN 
Paroi’ kunjungan lebih dari 10 ribu orang.
 
Bertempat di Padang Sekolah Men. Keb. Senawang kehadiran Menteri Besar, Dato’ 
Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri di sambut dengan persembahan 
Silat Gayong Taman Widuri.
 
Beliau menyeru agar penduduk 15 Cawangan UMNO peti undi Senawang dan Taman 
Marida yang hadir malam ini sentiasa bersatu padu dan mengekalkan momentum 
kerjasama dalam usaha sifar pembangkang.
 
http://n9kini.com/bersatu-padu-kekalkan-momentum-kerjasama-dalam-usaha-sifar-pembangkang/
 
 
September 27, 2011 
 
PAROI, 26 Sept – Sambutan Aidilfitri 1432H dan Kemerdekaan Ke-54  kini masuk 
siri  yang ketiga yang telah dianjurkan Jentera Pilihanra UMNO Bahagian Rembau.
 
Program ini dianjurkan dalam rangka menawan kembali   kerusi Dewan Undangan 
Negeri Paroi dapat ditawan  semula oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum 
akan datang.
 
Sambutan kali ini yang bertempat di Padang Awam Flat Seroja, Tasik Jaya Paroi 
telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.
 
Kehadiran Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri 
Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan suasana majlis.
 
http://n9kini.com/menteri-besar-menyeru-agar-rakyat-berpijak-di-bumi-yang-nyata-walaupun-berbeza-pendapat/
 
 
Setiap DUN Di N.sembilan Ada Bapa Angkat
May 27, 2009
 
SEREMBAN, 27 Mei (Bernama) -- Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di 
Negeri Sembilan termasuk di bawah kawasan pembangkang akan mempunyai bapa 
angkat yang terdiri dari exco kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri 
Mohamad Hasan.
 
Beliau berkata langkah tersebut berupa sebahagian dari pelan pemulihan politik 
di negeri itu.
 
"Melalui rancangan ini, exco-exco yang dilantik perlu meluangkan masa untuk 
berintekrasi dengan penduduk," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco 
kerajaan negeri hari ini.
 
Mohamad sendiri menjadi bapa angkat untuk DUN Mambau dan Paroi, Datuk Mohammad 
Razi Kail (Sikamat), Shamsulkahar Mohd Deli (Bahau), Datuk Ismail Taib (Chuah), 
Siow Chen Pin (Lukut), VS.Mogan (Port Dickson).
 
Datuk Hashim Rusdi (Bukit Kepayang), Datuk Ismail Lasim (Nilai dan Rahang), 
Samad Ibrahim (Senawang), Zainab Nasir (Repah dan Tampin), Datuk Yunus Rahmat 
(Ampangan) dan Datuk Dr Yeow Chai Thiam (Lobak dan Temiang).
 
Mohamad berkata DUN yang dikuasai pembangkang turut diberi bapa angkat kerana 
didapati rakyat di kawasan itu tidak dibela oleh Ahli Dewan Undangan Negeri 
pembangkang.
 
"Oleh itu DUN pembangkang akan turut menerima bapa angkat supaya dapat 
menguruskan masalah-masalah yang berlaku di dalam kawasan berkenaan," katanya.
 
-- BERNAMA
 
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=414030&cat=tn 
    
Pusat Khidmat DUN Paroi beroperasi Februari        
Tuesday, 19 January 2010  
 
Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menubuhkan sebuah lagi pusat khidmat 
masyarakat Barisan Nasional (BN) bagi memberi kemudahan kepada masyarakat 
setempat untuk mendapatkan perkhidmatan.
 
Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri 
Mohamad Hasan berkata, pembukaan satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan 
Undangan Negeri (DUN) Paroi adalah selaras hasrat Kerajaan Negeri memenuhi 
keperluan masyarakat setempat.
 
`DUN berkenaan bakal mempunyai tiga pusat khidmat memandangkan kawasan 
berkenaan mempunyai populasi penduduk yang lebih padat berbanding tempat lain.
 
`Memandangkan kawasan tersebut wakil rakyatnya bukan wakil rakyat BN,kita tidak 
mahu rakyat di situ terus terabai. katanya ketika berucap di Majlis Penutup 
Karnival Kelab Sukan Komuniti DUN Paroi di Centre Court, Paroi, Seremban.
 
`Banyak aduan diterima di mana wakil rakyat di situ tidak dapat 
dihubungi,ataupun rakyat susah berjumpa dengan mereka(wakil rakyat),dan perkara 
seperti ini tidak seharusnya berpanjangan.
 
`Oleh itu,kita mengambil keputusan untuk membuka sebuah lagi pusat khidmat bagi 
memudahkan orang ramai mendapat bantuan’ , katanya.
 
Dato’ Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri 
Sembilan berkata, program Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dilaksanakan 
Kerajaan Negeri sebelum ini memerlukan pusat khidmat yang cukup bagi menawarkan 
perkhidmatan yang lebih baik dan memantapkan segala dasar kerajaan.
 
Menteri Besar berharap penubuhan khidmat baru awal Februari depan dapat membela 
nasib rakyat di kawasan di menangi pembangkang sekali gus menjaga kebajikan 
rakyat setempat.
 
“Bukan sahaja di Paroi,tetapi kita juga telah membuka dan akan menambah lagi 
pusat khidmat ini di kawasan sekitarnya terutama kawasan yang di menangi 
pembangkang seperti Sikamat dan Ampangan. Apa yang menjadi keutamaan ialah 
seluruh rakyat di negeri ini berpuas hati dan dapat kebajikan
 
http://umnons.org/umnons/index.php?option=com_content&task=view&id=31&Itemid=1 

Kirim email ke