5 TAHANAN REMAN AKTIVIS PAS TAMPIN
BEBAS 
12 Jan 2012 - Dari Blog Sokong PR

5 orang aktivis Pas Tampin   yang
ditahan reman  sejak malam  Isnin  lalu   telah bebas pada tengahari
ini. Kelima-lima aktivis Pas ini telah menghalang seorang  yang tak
dikenali yang telah meruntuhkan poster dan kain rentang berkaitan
dengan pelancaran   manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 15
Januari ini di Dataran Gemas. 

Orang yang tak dikenali itu akhirnya
diketahui adalah kakitangan  PBT Tampin.  Kakitangan PBT ini tidak
memakai pakaian seragam semasa meruntuhkan poster Pakatan Rakyat. 

Pihak PR Tampin amat yakin pegawai PBT
ini menjadi alat Umno untuk mensabotaj program PR pada 15 Januari
yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
Turut hadir di Balai Polis Tampin  pada
tengahari tadi ialah YB Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan,  pimpinan
Pas Kawasan, pimpinan Cabang PKR serta  pimpinan Pas
cawangan-cawangan di dalam kawasan Tampin.
Yang ditahan  ialah Zanil Suboh,
Shamsudin Hashim. Musa Ali. Mohd Nor Isa dan Mohamad bin Yusof.

Gambar-gambar sekitar pembebasan para
pejuang PAS Tampin di 
http://sokongpr.blogspot.com/2012/01/5-tahanan-reman-aktivus-pas-tampin.html 

Kirim email ke