Setelah puas berkempen untuk sumbangan ke sekolah tahfiz di Seremban, baru pagi 
tadi berkesempatan untuk beri sumbangan bulanan tersebut sebanyak RM20. Selepas 
masukkan ke akaun SRIIDU , saya pun SMSlah ke Ustaz Nazri Zainuddin, Bendahari 
SRIIDU menyatakan baru masuk dalam akaun SRIIDU sumbangan bulanan RM20 atas 
nama arwah ayah, almarhum Hj Malakan bin Hj Kamaruddin.

Tiba-tiba tersebak, bila teringatkan sumbangan RM20 ini.

Apabila arwah ayah saya sedang nazak di atas katil di hospital Seremban, ayah 
saudara (saya panggil Acek) sebelah emak datang menziarahi ayah saya. Acek saya 
ini merupakan seorang bekas tentera , orang yang hidup di bawah paras 
kemiskinan, tiada berpencen.

Apabila Acek nak pulang, ayah saya dalam keadaan lemah panggil saya mengatakan 
sesuatu. Saya tak berapa dengar. Lalu ayah buka topeng oksigen, katanya “Beri 
Acek kau RM20, nanti abah bayar balik” . Lalu saya pun berilah Acek RM20. 

Rupa-rupanya RM20 tersebut memberi makna yang mendalam sekarang ini kepada saya.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

SMS Pelaburan Kekal Abadi Selamanya 

Begitu mudah untuk buat pahala sekarang pada zaman sains dan teknologi ini. 
Dengan SMSnya, dengan e-melnya, dengan Twitter dan Facebook dan macam-macam 
lagi. 

Daripada kita sebarkan e-mel atau SMS yang tidak tentu samada dapat pahala atau 
dosa, lebih baik kita sebarkan SMS dan e-mel galakkan orang berderma, 
bersedekah dan sebagainya. InsyaAllah akan lebih banyak rahmat Allah turun di 
bumi Malaysia ini, dan insyaAllah akan berkuranganlah Skim Cepat Kaya, Skim 
Gores dan Menang dan sebagainya.

Tak tahu apa SMS atau e-mel nak disebarkan, bolehlah tolong sebarkan SMS ini : 

“Tawaran RM20 sumbangan bulanan utk Tabung Sekolah Tahfiz Darul Ulum SRIIDU 
Seremban. Akaun CIMB 05040000993100 Tel Us Nazri 0196644320 Bendahari. Sebarkan”

Atau boleh juga sebarkan artikel di bawah ini melalui e-mel, Facebook, Blog dan 
sebagainya :

Peluang pelaburan bulanan Sekolah Tahfiz serendah RM20 

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada 
tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri 
Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan 
untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di 
peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, 
Seremban, Negeri Sembilan.

Kini terdapat 52 orang pelajar di SRIIDU.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang 
berkemampuan yang belajar di sini.

Sehubungan dengan itu SRIIDU membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi 
sumbangan bulanan sebanyak RM20 untuk kos pengurusan, makan minum para pelajar 
dan sebagainya.

Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan sila hubungi :
019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi
019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau alamatkan ke :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan


Untuk keterangan lanjut sila dapatkan di www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum  

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin 
ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa 
lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Hadis 
Riwayat: Imam Bukhari)

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah 
dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) 
dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (Hadis 
Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak 
memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya 
untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. 
Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang 
memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia 
tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: 
"Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri 
dari berbuat kejahatan itulah sedekah." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam 
Muslim)

Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya 
Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. 
Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan 
mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu 
berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? 
Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil 
sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun 
sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat 
pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu 
syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat 
diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam 
Muslim)

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara 
amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi 
isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Sumber http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=46 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke