Masalah projek perumahan terbengkalai sehingga ke hari ini telah membelenggu 
ribuan para pembeli rumah yang terjerat dalam perjanjian dan karenah birokrasi. 
Antaranya seperti projek perumahan terbengkalai di Lubuk China , Rembau dan 
beberapa projek lagi di seluruh Malaysia seperti yang dilaporkan di 
http://terbengkalai.blogspot.com 
 
SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa 
January 15th, 2012
 
Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, 
Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya 
untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani 
beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 
2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.
 
Saya telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16 May 2008 di Joe Shahrul 
Husni & Co peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mendapat 
kelulusan pinjaman bank dan menandatanganinya pada 10 Julai 2008 di BSN 
Bentong, Pahang.
 
Setelah itu, pada Mac 2009 saya telah mula membayar faedah bank RM74.54 dan 
jumlah itu telahpun meningkat setiap tahun sehingga hari ini saya membayar 
sebanyak RM 138. Mungkin pada pandangan orang lain jumlah itu tidak banyak 
tetapi bagi surirumah yang hanya mengambil upah menjahit baju di rumah, jumlah 
tersebut agak membebankan. apatah lagi jumlah tersebut hanya melunaskan faedah 
selama 3 tahun ini dan rumah yang dibeli masih belum diserahkan kepada pembeli. 
 
Kami cuba mendapatkan jawapan daripada SUK tetapi SUK telah beberapa kali 
berjanji akan menyiapkannya dan seringkali menyalahkan pihak pemaju.
 
Apabila saya pergi melihat rumah tersebut, saya dapati rumah tersebut telahpun 
siap dan terdapat beberapa barang spt sinki telah dicuri. Saya telah 
memaklumkan kepada SUK dan mereka masih memberikan jawapan yang sama. Perkara 
ini telah dilaporkan di dalam SINAR Pahang. Pada 2010, kami telah dpnggl ke 
Dewan Umno Bentong, Pahang untuk mengisi borang TNB, kononnya untuk memasukkan 
elekrik ke rumah tersebut.
 
Kami gembira dan SUK berjanji akan menyerahkan rumah tersebut sebelum thn baru 
cina 2011. Malangnya sehingga tarikh tersebut rumah masih tidak diserahkan. 
Akhirnya pada 11 Dis 2011, melalui FB Kami Penduduk Bentong, saya mendapat tahu 
ada perjumpaan antara SUK ( diwakili Dato Ho), pemaju dan pembeli (diwakili 
Dato Seri Liow Tiong Lai). Yang menghairankan, kenapa semua pembeli tidak 
dimaklumkan melalui surat.
 
Pada pagi tersebut, hanya segelintir pembeli yang hadir dan di sanalah baru 
pembeli mendapat berita yang sebenarnya. Rupa2nya, rumah tersebut telah siap 
sepenuhnya dan 3 dari 6 blok telah mendapat CF. Masalahnya ialah projek ini 
adalah Projek Bersilang, SUK memberikan projek kepada pemaju dan pemaju membina 
rumah dan pemaju akan dibayar dengan tanah yang ada di Pahang mengikut nilai 
projek tersebut.
 
Malangnya pemaju tidak dibayar seperti yang dijanjikan oleh SUK dan oleh sebab 
itu, pemaju tidak mahu menyerahkan rumah  tersebut. Melalui perbincangan itu, 
kami sekali lagi dijanjikan oleh wakil SUK untuk menyelesaikan masalah ini dan 
mereka telah diberi tempoh seminggu dari tarikh perjumpaan atau selewat2nya 
sehingga bulan Mac 2012.
 
Sehingga pada hari saya menulis aduan ini, masih belum ada apa2 berita daripada 
mana2 pihak. Apakah janji kosong lagi yang SUK berikan? Apakah wajar pembeli 
menanggung kesusahan membayar bank dan membayar sewa rumah yang sedang 
diduduki, gara-gara kedua-dua pihak ini tidak menyelesaikan isu mereka? Adakah 
ini yang dikatakan Rakyat Didahulukan? Pembeli terus dihimpit kesusahan 
semata-mata mengharapkan rumah kos rendah kerajaan. Sampai bilakah kami 
terpaksa menunggu???????
 
By: tengku salbiah
 
http://www.aduanrakyat.com.my/suk-dan-nova-bermasalah-pembeli-jadi-mangsa#more-8780
 

Kirim email ke