Ramai orang , termasuk orang Negeri Sembilan sendiri yang keliru dengan Adat 
Perpatih ini. Jangan lupa Negeri Sembilan ini diteroka oleh Orang Asal (Orang 
Asli) dengan dibantu oleh orang Indonesia dari Minangkabau. Antara isu paling 
besar yang menjadi permasalahan utama sekarang ini ialah isu tanah adat yang 
terbiar.

Banyak seminar, banyak kertas kerja yang dibentangkan yang menelan belanja 
jutaan ringgit tapi hasilnya pada saya boleh dikatakan kosong. 

Yang peliknya kenapa di zaman penjajahan British , institusi istana dan Undang, 
tidak timbul masalah tanah adat yang terbiar? Institusi Adat pada zaman British 
telah berjaya memberi geran-geran kepada orang Melayu. 

Dalam tangan saya ada 3 salinan geran milik arwah nenek saya. Walhal nenek saya 
bukannya sekolah tinggi, tapi dia ada geran atas namanya. Kini saya menghadapi 
masalah untuk menukar nama geran tersebut ke nama ibu saya, atau nama kakak 
saya, kerana memerlukan banyak dokumen serta karenah birokrasi untuk 
menyelesaikan proses penukaran nama tersebut.

Cuba fikirkan, zaman British, zaman Undang mempunyai banyak kuasa, mereka boleh 
berfikir untuk rakyat, memastikan setiap rakyat yang ada hak geran tanah, ada 
geran tanah, kenapa sekarang zaman ramai yang hendak membela orang Melayu, 
dengan kemudahan sistem komputer yang canggih , susah untuk membuat proses 
tersebut?

Oleh itu perlu dimartabatkan insitusi Undang dan Datuk Lembaga Adat ini. Perlu 
dibukukan bahan rujukan untuk memudahkan anak-anak buah membuat rujukan dalam 
permasalahan adat terutama yang melibatkan tanah adat. 

Maka usaha Pakatan Rakyat untuk menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada 
RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak 
yang diisytiharkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang 
dilancarkan pada 15 Januari 2011 di Gemas adalah merupakan satu langkah awal 
untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan adat dan tanah adat di Negeri 
Sembilan ini. 

Amat sukar untuk saya mencari bahan rujukan mengenai permasalahan Adat Perpatih 
di internet. Sumber yang boleh diharapkan hanyalah dari seorang Blogger yang 
secara sukarela membicarakan isu Adat Perpatih di 
http://nagarinansembilan.blogspot.com 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

************** 
Tanah lot selepas raya – MB
August 19, 2010    

SEREMBAN 18 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari 
ini berkata, lot tanah untuk rumah bagi generasi kedua peneroka di negeri ini 
akan diberikan seawal-awalnya selepas Aidilfitri ini.

Beliau berkata, buat permulaan, pemberian lot tanah itu hanya melibatkan satu 
rancangan tanah Felda sahaja dan nama Felda itu dirahsiakan buat masa sekarang.

Tanah rancangan Felda yang dipilih itu mempunyai keluasan tanah dan jumlah 
generasi kedua Felda yang bersesuaian dan akan dijadikan sebagai projek 
perintis sebelum diperluaskan di Felda lain di negeri ini, katanya kepada 
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari 
ini.

“Bukan semua anak peneroka akan dapat. Mereka yang membantu ibu bapa, sudah 
berkahwin dan tinggal dalam kawasan Felda sahaja akan diberi lot-lot tanah 
untuk membina kediaman mereka,” katanya.

Katanya, tanah yang akan diberikan itu merupakan tanah lebihan milik Felda dan 
untuk projek perintis ini, membabitkan kira-kira 2,000 hektar.

Menteri Besar turut mengumumkan kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan 
berkuatkuasa Januari lepas untuk datuk-datuk Lembaga Adat di negeri yang 
mengamalkan adat perpatih ini.

Negeri Sembilan mempunyai seramai 177 orang datuk Lembaga Adat dan ada di 
kalangan mereka yang menerima elaun sebanyak RM4 atau RM80 dan pada zaman 
British, mereka menerima elaun sebanyak 50 sen.

“Kita naikkan setiap orang mendapat RM200 sebulan mulai (dibayar) Ogos ini 
tetapi sebenarnya ia telah diluluskan sejak Januari, jadi mereka semua akan 
menerima tunggakan tujuh bulan,” katanya.

Ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada golongan yang memelihara dan 
mengamalkan adat perpatih,” katanya. – BERNAMA

http://n9kini.com/tanah-lot-selepas-raya-%E2%80%93-mb/ 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke