Apa dah jadi dengan ‘insentif’ peneroka Felda Bukit Rokan Utara? 
17 Jan 2012 - Aduan Rakyat Online
 
Baru-baru ini PM mengumumkan ‘insentif’ kepada peneroka Felda akan dibayar pada 
penghujung Disember 2011. Rasionalnya, sudah tentu apabila pengumuman seperti 
ini dibuat, pihak yang bertanggungjawab telah bersiap sedia dengan pelan 
tindakan yang bakal diambil. (Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Wilayah 
Raja Alias, Negeri Sembilan)
 
Tetapi malangnya ketika saya pulang ke kampung halaman di FELDA BUKIT ROKAN 
UTARA pada minggu lepas, saya dimaklumkan oleh ayah bahawa beliau masih lagi 
menunggu pembayaran insentif seperti yang diumumkan.
 
Betapa kecewanya beliau dan beberapa orang penduduk lain kerana merasakan diri 
mereka dipersendakan. Sebagai anak yang juga generasi kedua di tanah rancangan 
Felda ini, saya turut merasakan kekecewaan itu. Apalagi ketika pihak atasan 
Felda sedang ghairah menjanjikan masa depan yang ‘indah’ untuk peneroka Felda.
 
Menurut beliau, beberapa penduduk yang lain telah beberapa kali cuba menanyakan 
dengan pihak pengurusan, malangnya alasan yang diberi adalah tidak menasabah. 
Sukar untuk diterima dalam kemodenan teknologi hari ini, sistem maklumat dan 
‘documentation’ mengalami masalah. Apalagi setelah mendiami tanah rancangan 
Felda ini lebih 35 tahun. Bagaimanakah pentadbiran dijalankan selama ini? 
Kemana hilangnya rekod?
 
Jika pun benar sistem bermasalah, apakah tindakan yang diambil selama hampir 2 
minggu berlalunya tarikh yang dijanjikan? Persoalan lain yang wujud ialah 
mengapa tidak ada penerangan yang jelas daripada pihak yang bertanggungjawab?
 
Biarpun hidup jauh di pendalaman, sesungguhnya mereka ini tidak bodoh! Saban 
hari media arus perdana sering menggambarkan Felda sebagai sebuah konglomerat 
yang gah dan hebat. Tak kan lah isu sebegini tidak mampu ditangani dalam tempoh 
yang singkat?
 
Jadi, bagaimana para peneroka ini nak mendapat keyakinan bahawa hak mereka akan 
terbela jika penyenaraian di bursa saham dilaksanakan?
 
By: Khairul Anuar Latip
 
http://www.aduanrakyat.com.my/apa-dah-jadi-dengan-insentif-peneroka-felda-bukit-rokan-utara
 
 
 
Rabu Disember 28, 2011 
Peneroka Felda Sambut Baik Pemberian Bonus Dan Insentif 
 
TANAH MERAH: Peneroka rancangan tanah Felda Gugusan Kemahang Dua, dekat sini 
menyambut baik langkah kerajaan memberi bonus dan insentif kepada mereka tahun 
ini.
 
Ketua Peneroka gugusan itu, Mohd Yunus Abdul Manaf berkata seramai 300 peneroka 
di kawasan tersebut mula menerima insentif antara RM400 hingga RM1,200 seorang 
berdasarkan tahap jualan hasil mulai hari ini.
 
"Sebagai peneroka kami mengalu-alukan pemberikan bonus atau insentif ini bagi 
membantu meringankan beban kami terutama ketika menghadapi musim persekolahan 
yang akan bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
 
Beliau berkata pemberian bonus atau insentif itu adalah sebagai galakan tahunan 
kepada peneroka dan tidak kena mengena dengan musim pilihan raya.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan peruntukan 
RM2.6 juta bagi membayar bonus dan insentif kepada peneroka Felda bagi 
meringankan beban mereka, terutama menjelang musim persekolahan tidak lama 
lagi. - BERNAMA
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/28/mstar_berita/20111228153215&sec=mstar_berita
 

Kirim email ke