Di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bertemakan “Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan. Tonggak yang ke 5 bertajuk Rakyat Nan Berakhlak. Di mana salah satu perkara yang diketengahkan ialah untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an. Perkara ini adalah tidak mustahil memandangkan kutipan zakat meningkat saban tahun di Negeri Sembilan ini, iaitu sekitar RM39 juta pada tahun 2009, RM50 juta pada tahun 2010 dan dijangkakan RM53 juta pada tahun 2011. Dalam pada masa yang sama pula beban kewangan kerajaan negeri telah begitu banyak berkurangan apabila sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dimana SABK-SABK ini telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa. *************** SEREMBAN, 19 Sept (Bernama) -- Sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah tersebut dibuat agar sekolah ini akan dapat dilengkapi dengan kemudahan serta guru terlatih yang mencukupi. "Sekarang ini kerajaan negeri tidak mempunyai kemampuan serta menghadapi kekangan kewangan untuk memperlengkapkan kemudahan terutama infrastruktur sekolah itu sendiri. Kita juga menghadapi kekangan daripada perjawatan sebab lebih 50 peratus guru sekolah ini merupakan guru sandaran (sementara). Mohamad berkata Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan di Gemencheh, Maahad Ahmadi (Gemencheh), SMA Sains Kuala Pilah (Selaru, Johol) dan SMRA Gemencheh bagaimanapun masih di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=285833&cat=tn Muhyiddin sarankan SAR diserap di bawah Kementerian Pelajaran Mengenai SABK Madrashah Al-Attas Arabiah, Muhyiddin berkata, ia merupakan sekolah agama rakyat yang pertama di Johor menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pelajaran untuk berdaftar di bawah SABK. Beliau memberitahu, sekolah berkenaan telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan kementerian sama seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm MAINS SASAR RM53 JUTA KUTIPAN ZAKAT 2011 18 April 2011, Seremban - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) bagi mencapai sasaran pungutan zakat mencecah RM53 juta bagi tahun ini. “Bagi tahun lalu, kita mensasarkan RM48 juta, namun kita berjaya memungut hampir RM50 juta dari pelbagai jenis zakat dan fitrah dan ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dari segi prestasi pungutan dan ia jelas membuktikan prestasi yang ditunjukkan oleh PZNS amat baik “. http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/30-tahun-2011/179-mains-sasar-rm53juta-kutipan-zakat-2011 Kutipan Januari hingga Disember Tahun 2009 RM 38,569,850.39 http://www.zakatns.com.my/v3/analisis-zakat/tahun-2009

