Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto Pakatan Rakyat itu sebenarnya berasaskan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, pembangkang hanya mencedok idea Kerajaan Negeri dan menidakkan apa yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selama ini. Jika benar dakwaan beliau, apakah kerajaan negeri akan menawarkan perkara yang sama, kurang atau lebih lagi dari apa yang terdapat dari sebahagian daripada Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan di bawah ini :
1. Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak. 2. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an. 3. Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak. 4. Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi. 5. Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas. 6. Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris). 7. Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold). 8. Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas. 9. Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun. 10. Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan. Manifesto PR Negeri Sembilan cedok idea BN January 18, 2012 SEREMBAN – Kerajaan Negeri menasihatkan kepada seluruh rakyat negeri ini agar tidak terpengaruh dengan manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan baru-baru ini, di Gemas. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto itu sebenarnya berasaskan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, pembangkang hanya mencedok idea Kerajaan Negeri dan menidakkan apa yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selama ini. “Mereka (PR) hanya ambil idea dan pelaksanaan kita (BN), kemudian mencari sesuatu yang tidak betul untuk menyelar BN. “Apa yang pasti, semua idea dalam manifesto berkenaan telah kita laksanakannya, misalnya pengisytiharan harta benda, BN telah lama lakukannya. “Macam saya, semua harta benda saya isytiharkan dan hantar maklumat kepada Perdana Menteri, manakala semua ahli Exco Kerajaan Negeri pula, mereka isytiharkan kepada saya, selaku Menteri Besar," katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Wisma Negeri, semalam. Mohamad berkata, BN adalah parti yang buat kerja dan tidak suka menabur janji berbanding pihak lain. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/manifesto-pr-negeri-sembilan-cedok-idea-bn-1.18964

