Kisah di bawah ini adalah sebahagian sahaja daripada beribu, mungkin puluhan 
ribu masalah yang seumpama atau lebih teruk lagi dari apa yang dialami oleh 
nasib keluarga di bawah ini. Institusi kekeluargaan dan masyarakat harus 
diperkukuhkan. Masjid dan surau setempat mesti dihidupkan dengan solat jemaah 5 
waktu setiap hari seramai mungkin dengan kuliah agamanya. Khidmat kaunseling 
Majlis Agama Islam harus diperluaskan di setiap bandar, pinggir bandar dan 
kampung, diperkukuhkan dengan khidmat kaunseling atas talian atau secara maya. 
Pemberian wang tunai perlu dikaji semula, dengan memberikan barangan keperluan 
untuk mengelakkan penyalahgunaan wang ringgit yang diberikan.

Duit susu beli dadah
Harian Metro 18 Jan 2012 

JOHOR BAHRU: “Wang RM200 sumbangan Baitulmal membeli susu Syafiqah yang juga 
orang kelainan upaya (OKU) diguna suami bagi membeli dadah.

“Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami ketagihan keluar rumah dengan alasan 
mahu membawa Syafiqah bersiar sebelum melencong ke tempat penagih,” kata suri 
rumah, Norazlina Samad atau Ina, 30, semalam.
 
Menurut Ina, sudah hampir setahun dia terpaksa memberi susu manis kepada anak 
perempuan bongsunya yang berumur empat tahun itu yang tidak sesuai bagi 
kanak-kanak seusianya.

Ina yang berkahwin suami hanya dikenali sebagai Amran, 35, sejak lapan tahun 
lalu, mempunyai dua anak iaitu Syafinah, 6, dan Syafiqah.

Menurut Ina, Syafiqah pernah menjalani pembedahan usus, jantung serta hati 
sejak dua tahun lalu dan pemberian susu manis kepada anaknya itu mungkin 
menyebabkannya mengalami masalah tumbesaran selain lemah pertuturan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Duitsusubelidadah/Article 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke