Jika diperhatikan laman web QAS
Management Sdn Bhd di http://qas.com.my dan facebook syarikat ini, mereka telah 
beroperasi sejak tahun1992
lagi dan memang mempunyai pengalaman dalam bidang ini serta diiktiraf
oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun kita harapkan
pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat perkara ini,
sekiranya benar, dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika tidak
benar, diharap pihak yang membuat aduan dapat memperbetulkan fakta
agar tidak menjejaskan reputasi syarikat tersebut.

QAS Management Sdn Bhd Penipu Besar 
Aduan Rakyat Online , 24 Jan 2012 

Saya merupakan pelajar tahun dua
perubatan Mesir, datang ke Mesir dengan bantuan QAS Management Sdn
Bhd. Alhamdulillah, kejayaan peribadi saya dapat datang belajar di
bumi anbia ini.

Walau bagaimanapun, ingin saya komen
tentang perkhidmatan yang disediakan agensi saya, iaitu QAS
Management Sdn Bhd. Betapa banyaknya penipuan dilakukan mereka
semata-mata untuk meraih keuntungan.

RM3900 dibayar untuk mendapat rumah
serta perabotnya. Dua orang kawan saya tinggal di Kaherah, bayar
dengan jumlah yang sama, namun langsung TIDAK MENDAPAT APA-APA
kecuali filter air. Terpaksa mereka menumpang di rumah negeri, yang
mana sewa rumah dibayar oleh mereka sendiri. Ke mana RM3900 yang
mereka bayar untuk mendapat rumah dan perabot yang selesa?

Tidak cukup dengan itu, tahun 2011
bulan 9, lebih kurang 36 orang pelajar QAS diletakkan di asrama
universiti dengan bayaran bulanan adalah sebanyak LE1000 = RM500
sebulan. Katanya untuk transport, makanan dan tempat tinggal, dan
katanya setahun, sampai ke bulan 7. Namun, bulan 11 2011, pihak
asrama universiti telah meminta agar pelajar menjelaskan yuran
bulanan sewa mereka. Aik? Ke mana perginya duit yang mereka bayar
untuk setahun tu? Tiba-tiba, QAS telah minta lagi ibu bapa pelajar
agar membayar RM 5400, katanya, untuk sambung kontrak tinggal di
asrama, katanya sebagai tambahan, untuk makanan dan tinggal sampai ke
bulan 7. Mesti pembaca tak faham kan? RM3900 mula-mula dibayar untuk
sewa, transport dan makanan dari bulan 9 smpi bulan 7, tiba-tiba
dalam bulan 12, QAS minta lagi RM5400 untuk teruskan kontrak sampai
ke bulan 7.

Banyak lagi sebenarnya. Diharap pihak
berwajib dapat membantu pelajar QAS yang sedang ditindas dan ditipu
oleh QAS Management Sdn Bhd. DUit dikaut, diri dilarikan. Kepada ibu
bapa pelajar, yang sudah datang ke Mesir, bersatu tumbangkan QAS.
Yang baru nak datang, tak perlu datang dengan QAS. Memang mengarut.

By: Luqman

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/qas-management-sdn-bhd-penipu-besar 

Kirim email ke