Saya panjangkan permohonan seorang sahabat yang saya terima melalui e-mel 
seperti berikut : Adik Nurul Natasya binti Yaakob dari SMK Pendeta Zaba, 
Seremban telah mendapatkan keputusan yang amat cemerlang dalam PMR 2011 iaitu 
9A (termasuk A dalam Bahasa Arab). Kini beliau telah mendapat tawaran untuk 
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu 
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, Selangor. 

Ayah adik Natasya ini , iaitu Encik Yaakob bukanlah dari golongan yang berada , 
serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap , disamping sering berpindah randah 
kerana tidak mampu membayar sewa rumah di Seremban ini. 

Sudah pasti apabila bertukar sekolah, keperluan adik Natasya ini akan bertambah 
dari pakaian seragamnya, pakaian ko kurikulumnya, buku tambahannya , baju 
batiknya, cadar dan macam-macam lagi.

Kepada sesiapa yang sudi membantu adik Natasya ini , memenuhi impian beliau 
untuk belajar di sebuah sekolah yang berprestij dengan harapan akan dapat 
membela nasib mereka sekeluarga kelak, insyaAllah, sila hubungi keluarga 
tersebut di 014-7361945.

Atau boleh juga menghubungi Puan Wani, Ketua Muslimat Rembau di 013-3851202.

Antara keperluan pelajar baru di KISAS ialah dari laman web KISAS di  
http://kisas.org/pendaftaran-tingkatan-4-2012/ : 

Bayaran Yuran Asrama (Makan): Pendapatan ibu/bapa/penjaga kurang RM5000 sebulan 
dikenakan bayaran Yuran Asrama RM125/penggal.
 
Bayaran Yuran Asrama penggal 1 boleh dibayar sebelum 30 April 2012 
Bayaran Majalah: RM12 sekeluarga.
 
Senarai Keperluan Wajib Yang Boleh Dibeli di Koperasi: 
Cadar, Sarung bantal, Selimut (mengikut warna rumah) –> 2 unit/pelajar 
Kad Matrik — 1 unit/pelajar 
Tali Leher (lelaki sahaja) — 1 unit/pelajar 
Baju T-Shirt SBT — 2 unit/pelajar 
Kain Tenun Bersulam (kain rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar puteri 
Sampin Tenun Bersulam (Sampin rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar lelaki 
Kain untuk kelas persediaan — 2 unit/pelajar 
Stiker kenderaan — 2 unit/pelajar 
Kad Kebenaran Keluar ke Bandar / Balik Bermalam — 1 unit/pelajar 
Baju Batik Rasmi KISAS — 1 unit/pelajar 
Nota: Harga barangan ini akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
 
Senarai Barang Keperluan Yang Perlu Disediakan Oleh Bakal Pelajar:
 
Pakaian Persekolahan (Perempuan): 
1.Baju kurung berwarna putih dan kain berwarna biru.
2.Stokin hitam tanpa belang.
3.Kasut kulit/PVC hitam (kasut kanvas tidak dibenarkan).
4.Tudung labuh berwarna putih.

Pakaian Riadah (Perempuan): 
1.T-shirt labuh yang sesuai.
2.Seluar trek berwarna gelap.
3.Kasut sukan yang sesuai.
4.Stokin yang sesuai.
5.Tudung labuh yang sesuai.
 
Pakaian Kelas Persediaan Lelaki dan Perempuan:
1.Lelaki: Berbaju melayu/raihan mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak 
sekolah dan berseluar hitam.
2.Perempuan: Berbaju kurung mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak 
sekolah.
 
Barang keperluan lain yang perlu disediakan oleh pelajar lelaki dan perempuan:
1.Peralatan membasuh (berus, baldi, sabun dsb)
2.Peralatan penjagaan peribadi (ubat gigi, pencuci muka, berus gigi, sikat dsb)
3.Kain pelikat/kain batik/kain sarong.
4.Selipar.
5.Mangga kecil (padlock).
6.T-shirt secukupnya.
7.Stokin secukupnya.
8.Pakaian harian secukupnya.
9.Dan lain-lain keperluan yang difikirkan sesuai.
 
Nota: Barangan keperluan ini ada dijual di koperasi sekolah. Para pelajar juga 
tidak digalakkan membawa peralatan / pakaian secara berlebihan kerana ruang 
almari yang terhad.


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke